Sunday 28 January 2018

makrifat akan jahat dan baik itu adalah iradat Allah

Sebetulnya jahat dan baik itu tidak pernah wujud. 
Adanya jahat kerana adanya baik
Adanya baik kerana ada jahat. 
Jahat dan baik tidak bersatu dan tidak juga berpisah. Bahkan seiringan dengan penuh keharmonian saling melengkapi antara satu sama lain. Jahat dan baik itu berbeza tetapi tidak bermakna tidak serupa. Kerana kedua duanya tidak berjauhan tidak pula menempel bersama. Yaa berbeza tetapi tetap sama, kerana jahat dan baik itu adalah iradat Allah jua. Tiada wujud jahat dan baik itu dengan sendirinya melainkan pertajalian iradat Allah, kerana itulah wajib kita redha atas apa jua kejadian kerana itulah yang dinamakan iradat apabila kita redha maka Allah pasti merdhai kita. Maka apabila sudah makrifat akan jahat dan baik itu adalah iradat Allah, maka tiada lagi wujudnya jahat dan baik, jika masih wujud lagi jahat dan baik di akalmu maka itu tandanya kamu masih lagi syirik, kerana telah menduakan iradat.

No comments:

Post a Comment