Thursday, 18 January 2018

Setiap sesuatu adalah KOSONG melainkan ZATNYA ( Zat Allah )

Setiap sesuatu adalah KOSONG melainkan ZATNYA ( Zat Allah )
Maksudnya ialah setiap benda termasuk kita adalah KOSONG pada hakikatnya. Semua benda dijadikan oleh Allah. Maksud kosong ialah TIADA. Maksudnya ialah kita ini pada hakikatnya tidak mempunyai wujud. Wujud maksudnya ADA. Yang ada pada setiap sesuatu itu pada hakikatnya atau sebenarnya ialah Zat Allah.
Maka zat kita sebagai manusia yang kelihatan ADA itu ialah Zat Allah. Yang menanggung atau yang mengandung Zat Allah itu ialah Badan atau jasad kita. ( Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai AMANAH atau RAHSIA ALLAH yang kita kandung.) Maka menjadilah Badan atau Jasad kita itu sebagai Sifat Allah.
Untuk apa dan untuk siapa ? Jawabnya ialah untuk Allah jua yaitu untuk menunjukkan akan KeagunganNya ( Sifat Jalal ), KeindahanNya ( Sifat Jamal ) dan KesempurnaanNya ( Sifat Kamal )
PROSES TAJALLI ZAT GHAIB DALAM SIFAT
Terciptanya manusia oleh KUDRAT yakni Maha Berkuasa Allah atas IRADAT yakni Maha Berkehendak Allah. Terjadinya Iradat kerana ILMUNYA yakni Maha Mengetahui Allah. Allah Maha Tahu kerana HAYATNYA.
Nyata Allah Maha Hidup kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat yaitu Sifat SAMA’ & BASARNYA.
Untuk dinyatakan apa yang dilihat dikatakan dengan KALAM. Kata kata Allah Yang Haq ialah KUN. Atas perentah ZAT Kalam mengatakan . Hanya Sama’ yang mendengar Basar belum lagi melihat.
Oleh kerana Basar belum melihat, Zat memerentahkan Kalam menyatakan PAYAKUN yakni TERJADI, maka terjadilah manusia dan barulah Basar melihat manusia itu.
Untuk menyatakan KESEMPURNAAN SIFAT SIFAT KEMULIAAN itu maka Zat berfirman : Kaunuhu Ya Muhammad.
Kaunuhu menyatakan Sifat Zat yang Maani itu. Menyatakan Sifat Maani atau keadaannya itu dikatakan SIFAT MAKNUYAH. Atau dengan lain lain perkataan Sifat Maani dinyatakan atau diterangkan oleh Sifat maknuyah. Ini dikatakan sebagai Sesifat dari Zat. Kalau sesifat dari Zat, maka tidaklah boleh dipisahkan lagi.
Itulah kebesaran Allah. Manusia ( Adam ) itu tanda Kebesaran yaitu ALLAH HU AKBAR.
Ternyata perkataan Allah Hu Akbar itu menunjukkan 7 Sifat Maani yang agung yang digelar HAKIKAT MUHAMMAD.
Sheikh Abdul Kadir Jailani memanggilnya RUH AL-QUDSI atau TIFLUL MAANI. Itulah nyawa kita yang dipanggil SIRR yang bersifat RABBANIAH ( Ketuhanan ) Ia dari Allah dan sentiasa behubung dengan Allah.
Syeikh Abdul Kadir mengatakan bahawa Ruh Al-Qudsi itu sesifat JASAD tetapi ianya adalah NUR ( Cahaya ) yang tidak boleh kita lihat dengan mata kepala. Jika Ruh Al-Qudsi itu sesifat Jasad dan ianya dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU, maka fahamlah kita akan makna Hadith yang mengatakan bahawa Allah menciptakan ADAM mengikut rupaNya dan bahawa manusia itu adalah RAHSIA ALLAH dan Allahlah Rahsianya.
Jika Allah tidak dapat anda bayangkan, kerana Allah itu belum pernah anda ketemui, maka anda bayangkanlah DIRI BATIN anda yang sesifat Jasad anda itu. Lihatlah cermin. Dialah yang menjadi Imam anda ketika anda solat. Maka jadilah solat anda saperti mana yang dikatakan oleh Arif – yang disembahlah yang menyembah dan yang menyembahlah yang disembah.
الإنسان سر وانا سره صفات وصفات الا غيره
Insan itu rahsiaku dan AKULAH rahsiaNya, sifat itu sifatKu dan AKULAH sifat itu.
Inilah hakikat zat dan sifat, antara empunya bayang dgn bayang. Antara yg menilik dgn yg ditilik.
Apakah ittibar kefahaman yg dpt diambil dlm bab ini?
Kita ambil perbandingan antara AKU dan diriKu. Maka ketemulah akan hakikat itu.
Yg akan ketemu adalah:
ان رب وعبد وحده
Antara tuhan dan hamba itu ESA.
Dgn dalil:
لا تتحرك جسد الا بإذن الله
Tdk akan bergerak akan jasad melainkan dgn izin Allah.
ومن عرف نفسه فقد عرف ربه، فقد عرف ربه فسد جسد.
Dan siapa yg mengenal diri maka knl akan tuhanNya,brg siapa mengenal tuhanNya maka leburlah diriNya.
Hakikat kpd fhm ini adlh:Diri@roh itu adlh ESA dgn yg MAHA ESA.
zat tiada berbelah bagi,
Sifat tiada berpisah pisah
Asma tiada berbilang bilang
Afaal tiada dpt di tiru.
Satu zat esa namaNya
Satu sifat ahdah namaNya
Satu asma wahdiah namaNya
Satu afaal wahdaniah namaNya.
*gerak yg terjadi itu adalah muafakat zat sifat asma dan afaalullah.
Jd yg bergerak itu adalah perbuatan zat pada wujudiah.
Bergerak atas sifat qodirun dan muridun,
Bergerak atas rahsia asma² yg di tanggung,
Bergerak atas hakikat:
HAYYUN SOMADUN BAAQI WALAHU KANAFUN WAAQI.
"Allah adalah dzat yang maha hidup, tempat bergantung kekal, memiliki perlindungan"

No comments:

Post a Comment