Wednesday 22 November 2017

tidak tutup dengan ikhlas

Ramai manusia melakukan amal ibadah dan amal kebajikan sama seperti ayam goreng dicuri kucing.
kerana tak tutup elok elok dibiarkan terdedah , maka terhidu dan terlihat oleh kucing maka licin ayam goreng tadi , maka sia sia usaha mengoreng ayam tak dapat nak dinikmati setelah penat lelah menyediakan ayam goreng. maka begitulah ibarat mereka yang melakukan amal ibadah dan amal kebajikan , tetapi tidak tutup dengan ikhlas , kerana riak maka syaitan menyambar segala pahala dan segala kebaikan yang ada , maka sia sia segala amal ibadah dan amal kebajikan yang dilakukan hanya lelah dan penat semata mata.

No comments:

Post a Comment