Friday 24 November 2017

DalaM ISLAM takde tuhan

DalaM ISLAM takde tuhan. Yang ada hanya ALLAH. Islam bukan agama sembah menyembah sepertimana pemuja-pemuja sembahan ritual berjadual meniru-niru agama dan adat datuk nenek moyang mereka.
jika dikatakan masih ada hamba
itu syirik
jika dikatakan masih ada Tuhan
itu pun syirik
jika dikatakan masih ada hamba dan Tuhan
itulah lagi syirik yang paling besar
tidak ada hamba
tidak ada Tuhan
kecuali Satu Wujud
yang namanya ALLAH
renungkanlah makna kalimah tauhid ini;
la ilaha illa Allah
tiada NYATA melainkan ALLAH
jika pandangan ini janggal untuk diterima
usahlah bimbang dan ketepikan saja
kerna ini adalah pandangan ahli sufi
yang memandang hanya ada Satu Wujud
dan tidak ada wujud yang lainnya
ahli sufi masuk lebih dalam lagi
lalu mereka bertaubat dari mengucapkan
la ilaha illa Allah
kerna nama Allah itu juga adalah hijab
Allah yang disembah oleh setiap orang itu
ternyata bukanlah Tuhan Sejati atau ZAT-NYA Yang Mutlak
Allah itu hanya sebagai Nama
dan manifestasi-NYA sahaja
Satu Wujud itu sebagai penampakan-NYA
untuk menyatakan Wujud-Nya Yang Haqiqi
tetapi bukan di dalam Kemutlakan-NYA
kecuali Cahaya-NYA
ahli sufi masuk lebih ke dalam lagi
lalu mengisbatkan
tiada yang wujud melainkan DIA
DIA itulah AHAD Yang ESA dan Maha Meliputi
namun dalam KeEsaan itu masih ternampak jua
adanya AKU dan Kau
seolah-olah berdua-duaan di dalam Syahadah
yang bernama Allah dan bernama Muhammad
tetapi Allah dan Muhammad itu hanyalah perbandingan sahaja
sedangkan hakikatnya sama
lalu ahli sufi masuk sedalamnya lagi
yang tiada ada apa-apa lagi
kecuali
La Ilaha Illa Ana
La Ilaha Illa itu pun diTanggalkan
yang Tinggal hanyalah Ana
yang Tunggal adalah Ana Al-Haq (Diri yang sebenar-benar Diri)
~Yang kaulihat di dalam cermin itu bukan AKU, tetapi itulah RuhKU. Jangan kaukatakan bahwa ketika kau melihat RuhKu, kau telah melihat AKU dan sekaligus mengenal AKU. Sebenarnya kau telahpun terpedaya dengan persangkaanmu sendiri, kau tidak boleh melihat AKU dan bukan kau yang mengenal AKU. Yang melihat AKU itu adalah AKU, yang mengenal AKU itu adalah AKU juga. Tidak ada aku-KU atau aku-MU, itu hanyalah ceritamu sahaja. AKU adalah AKU, tidak ada selain AKU, AKU Yang Awwal, AKU juga Yang Akhir.
Berhati-hatilah tentang ucapan dua kalimah syahadahmu “Asyhadu – Wa asyhadu”. Pastikan di situ dalam penyaksian kau tidak menduakan AKU. Pastikan di situ tidak ada wujudmu. Pastikan di situ ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH itu bukan dua wujud yang berlainan dan berasingan. Rasul itu adalah dari AKU juga yang KUutuskan untuk menyatakan AKU. Tanggalkan huruf MIM awal, barulah tampak dalam Haqiqat Muhammad itulah HAMID. FIL ‘ALAMINA INNAKA HAMIDUN MAJID – SESUNGGUHNYA DI DALAM ALAM INILAH YANG MAHA TERPUJI LAGI MAHA MULIA. Seluruh WujudKU terkandung di dalam MUHAMMAD RASULULLAH.
Di peringkat kau melihat RuhKU, kau baru saja melepasi samudera 30 ribu hijab. Antara RuhKU dengan AKU masih terbatas 40 ribu hijab lagi, kesemuanya 70 ribu hijab. AKU menzahirkan RuhKU itu agar kau dapat menghadap kepada AKU ke mana sahaja kau berpaling. Ingatlah RuhKU itu bukan AKU, itulah hanyalah BAYANGANKU. Usahlah kau mendakwa telah mengenal dirimu lalu mengenal AKU ketika kau melihat RuhKU. Tidak ada dirimu sendiri. Kau sekadar bayangan ombak dari sebuah lautan. Hadirnya kau hanya bersandar pada NAMAKU sahaja. Bagaimanakah kau hendak mengenal dirimu sedangkan dirimu sendiri sebenarnya tiada, apatah lagi hendak mengenal AKU? KUciptakan dirimu demi untuk menyatakan AKU sahaja, bukan menyatakan wujudmu. Jika kaukatakan kau telah mengenal dirimu, itu cuma persangkaanmu yang kau ada-adakan di dalam khayalan ceritamu sendiri. Tidak ada ceritamu kecuali ceritaKU tentang DIRIKU ANA AL-HAQQ! Justeru itu ‘Mengenal DIRI’ adalah ‘Mengenal AKU’.

No comments:

Post a Comment