Friday 24 November 2017

APA ITU MAKHLUK HALUS ? HISTERIA ? RASUK?

APA ITU MAKHLUK HALUS ? HISTERIA ? RASUK?
SOALAN :
Sy sangat2 minta tlong tuan utk terangkan pasal makhluk halus. Sy pernah kena histeria, tapi sy x tau kenapa sy jadi cam tu. Sy jadi konpius sbb ada yg kata makluk halus tu kita sendiri & ada yg kata tu bukan kita tapi makluk lain. Citer dari ustad saya dah biasa dengar, tapi sy masih tak paham. Mintak tuan terangkan dgn bahasa yg paling simple. Apa pendapat tuan? Timakasih tuan.
------------------------------------
PENDAPAT :
Hal yang berlaku ketika histeria adalah hal alam 4 Dimensi yang perlakuannya dizahirkan ke dalam alam 3 Dimensi. Seperti orang bermimpi berjalan. Mimpi itu adalah hal alam 4 Dimensi manakala perbuatan berjalan itu berlaku di alam 3 Dimensi. Alam 3 Dimensi adalah alam yang "tertakluk" kepada sistem RUANG dan MASA. Dunia fizikal di mana kita tinggal sekarang adalah alam 3 Dimensi iaitu alam yang dapat diukur dengan ukuran Panjang, Lebar dan Tinggi. Bila boleh diukur, bermakna ia ada RUANG. Bila ada ruang, bermakna ia memerlukan MASA untuk membolehkan kita sampai dari titik satu ruang ke titik satu ruang yang lain.
Alam 4 Dimensi pula adalah ibarat LANGIT PERTAMA di alam spiritual. Alam ini tidak tertakluk kepada sistem RUANG dan MASA. Di sini, tiada istilah Semalam dan Esok. Segalanya berlaku SEKARANG. Mimpi, angan-angan dan khayalan adalah contoh alam 4 Dimensi yang tidak tertakluk kepada sistem ruang dan masa. Di dalam angan-angan misalnya, kita boleh berada di mana-mana dan bila-bila masa saja mengikut apa yang kita inginkan.
Alam Dimensi ke 4 ini, banyak dihuni oleh pelbagai ROH makhluk-makhluk lain. Islam menggelarkannya Jin, Syaitan, Iblis, Malaikat. Melayu memanggilnya hantu, saka, bunian, makhluk halus, dan sebagainya. Inggeris memanggilnya Angel, Alien, Demon, Spirit dan lain-lain. Dari pelbagai nama-nama utama ini terdapat pelbagai lagi nama-nama gelaran lain yang berbeda mengikut sistem kepercayaan sesebuah masyarakat. Antara nama-nama lain yang sering diceritakan oleh Arab ialah Ifrit, Marid, Nasnas, Palis, Shiq, Hinn dan sebagainya.Apapun namanya, ia merujuk kepada entiti yang hidup di alam 4 Dimensi atau dari Dimensi-Dimensi yang lebih tinggi.
Semasa kita masih bergantung hidup dengan jasad, kita bergelar Manu-Sia. Manu-Sia ini hidup dalam alam 3 Dimensi. Bilamana Manu-Sia itu tidak lagi bergantung kepada jasad untuk hidup, maka ia akan bergelar ROH dan ia berada di alam spiritual (alam batin). Alam batin ini mempunyai DIMENSI atau tingkatan-tingkatannya tersendiri (sering dipanggil 7 lapis langit). Sains menggelarkan tingkatan ini sebagai PLANE. Setiap dimensi atau PLANE ini, ada penghuninya masing-masing. Namun, penghuni yang paling banyak adalah penghuni di Dimensi ke 4, iaitu pada PLANE 1 (Langit Pertama). Penghuni di sini banyak kerana majoriti Manu-Sia yang telah tiada jasad itu, tidak tahu untuk melepaskan diri mereka ke dimensi yang lebih tinggi kerana kebanyakan mereka TIDAK KENAL DIRI semasa mereka hidup di dunia fizikal (alam 3 Dimensi). Sejak dari zaman kejadian manusia, hingga ke hari ini, mereka yang TIDAK KENAL DIRI, akan terperangkap di Plane 1, tingkat yang paling bawah dalam dunia spiritual.
Walaubagaimanapun, ada sebahagian makhluk di alam 4 Dimensi ini amat berkemahiran. Mereka boleh masuk ke alam 3 Dimensi (dunia kita) dengan cara menggunakan perantaraan jasad manusia atau masuk 'direct' tanpa menggunakan perantaraan jasad manusia. Kebanyakan entiti ini 'berkeliaran' menunggu 'host' (jasad manusia) yang lemah untuk dijadikan sandaran untuk masuk ke alam 3 Dimensi semula.
Kenapa ?
Kerana jasad manusia adalah 'kenderaan' yang teramat penting untuk membolehkan roh KENAL hakikat diri mereka. Jasad manusia ini ibarat KITAB INDUK atau Buku Manual yang mengandungi semua maklumat penting tentang TENAGA yang menggerakkan jasad manusia itu. Maklumat perihal TENAGA itu disimpan dalam bentuk KOD (rahsia) yang perlu di-nyah kod sebelum ianya boleh difahami. Kod-kod ini telah di 'embeded' atau telah "ditanam" ke dalam sel manusia. Kod ini mengandungi pelbagai maklumat penting tentang hal TENAGA yang menggerakkan jasad itu. Maklumat itu tersimpan di seluruh sel manusia seperti pada DNA, pada Nafas, pada Jantung, pada Sistem Kelenjar dan lain-lain. Sebab itu, entiti-entiti ini sangat-sangat berkehendakkan jasad manusia untuk dijadikan "KENDERAAN" bagi Mengenal Diri mereka semula, kerana mereka berasa amat sulit untuk meneruskan perjalanan ke Dimensi yang berikutnya (Dimensi ke 5, 6 dan seterusnya). Kesulitan inilah yang menyebabkan mereka berkehendak sangat untuk kembali ke alam 3 Dimensi yang ada JASAD, RUANG dan MASA, agar mereka dapat menggunakan kembali jasad mereka untuk MENGENAL DIRI. (Rujuk Surah al-Mukminun 99-100).
Sebab itu, kita sentiasa diingatkan agar KENAL DIRI semasa kita hidup dan semasa jasad masih sihat, kerana setelah jasad sakit atau mati, kita tidak berkesempatan lagi untuk memecahkan KOD-KOD itu (Mengenal Diri/Makrifah).
Roh semua makhluk yang telah kehilangan jasad (mati) akan berada di alam spiritual yang paling bawah iaitu alam 4 Dimensi/Plane 1. Disebabkan mereka TIDAK KENAL kepada TENAGA yang menggerakkan Diri mereka, maka mereka tidak tahu KOD untuk melepaskan diri (roh) mereka ke dimensi yang lebih tinggi (dimensi ke 5, 6, 7, 8, 9, 10 ).
KOD ini penting untuk melepasi medan magnet dunia (EMF @ Electro Magnetic Field) atau lebih dikenali dengan ALAM BARZAKH. Barzakh bermaksud "Halangan" atau "Pemisah". Halangan atau Pemisah yang memisahkan alam 3 Dimensi dengan 4 Dimensi ialah Medan Magnet (EMF). Jika roh berjaya melepasi medan magnet ini (alam barzakh) makanya, ia akan lebih mudah untuk ke dimensi-dimensi yang lebih tinggi. Hanya mereka yang KENAL (makrifah) rahsia-rahsia Diri mereka, sewaktu hidup di alam fizikal 3 Dimensi, boleh melepasi EMF. Jika tidak, maka terkial-kial-lah mereka mencari jalan pulang menuju ke dimensi yang tertinggi itu. Inilah ibaratnya SIKSA ALAM BARZAKH yang amat menyiksakan.
"Kenal Diri" ini bermaksud mereka berkemahiran menggunakan JASAD di alam zahir (Uni-verse) dan bergabung dengan ROH, di alam batin (Inner-verse). Semakin mereka mahir menggabungkan ALAM ZAHIR dan ALAM BATIN ini, maka semakin RINGAN ROH itu. Bila Roh makin ringan, maka makin "Tinggi" ia akan terbebas. Roh yang ringan inilah yang diibaratkan 'SEPANTAS KILAT MELEPASI TITIAN AS-SIRAT'.
Roh yang paling ringan dan yang paling hebat ini adalah Roh yang paling berkemahiran untuk sampai ke Dimensi yang paling tinggi. Dimensi yang paling tinggi ini, Sains menggelarkannya sebagai OMEGA POINT atau lebih dikenali sebagai "Sidratul Muntaha". Di peringkat tertinggi ini, segalanya kembali kepada HAKIKAT PENCIPTA, alam antah barantah, yang KELU segalanya !
KESIMPULAN
ROH yang mendiami jasad manusia ini adalah suatu KEJADIAN yang paling hebat yang telah diciptakan oleh HAKIKAT PENCIPTA. Roh yang paling ringan, berkemahiran dan bijaksana adalah roh yang paling di-idamkan oleh seluruh entiti alam spiritual, kerana roh jenis inilah satu-satunya yang boleh melepasi peringkat tertinggi untuk KENAL dan KEMBALI ke PENCIPTANYA.
Dalam perspektif alam dunia 3 Dimensi, "Makhluk Halus" itu hanyalah sekadar jenis-jenis gas yang berbeza. Ia dikatakan gas kerana sifat makhluk halus itu sendiri yang bagaikan ASAP atau WAP yang tidak menampakkan bentuk fizikal yang tetap. Gas-gas seperti oksigen, kabon dioksida, hidrogen, nitrogen dan sebagainya, wujud di dalam dan di luar badan. Jasad manusia menghasilkan dan memerlukan gas-gas ini. Makanya, keperluan dan pengeluaran gas-gas ini di dalam badan haruslah seimbang. Ketidakseimbangan akan merosakkan sistem jasad dan mengakibatkan manusia itu sakit. Tanpa keseimbangan ia mampu merosakkan alam zahir dan alam batin. Orang yang stress, sakit dan kecewa umpamanya, adalah disebabkan ketidakseimbangan oksigen di dalam badan. Sebab itu, jika mereka yang menghidap penyakit sebegini, akan pulih jika mengamalkan cara pernafasan yang betul dengan menghirup oksigen segar dari tempat yang bersih dan mengamalkan pemakanan-pemakanan terpilih yang boleh membebaskan gas-gas yang betul dari dalam badan. Bahkan saintis mendapati, sel kanser akan mati jika badan manusia didedahkan dalam persekitaran oksigen segar yang banyak.
Dalam perspektif alam 4 Dimensi pula, "Makhluk Halus" itu adalah roh yang terkial-kial mencari jalan pulang. Mereka adalah roh yang ingin kembali semula ke alam fizikal 3 Dimensi, untuk memanfaatkan kembali jasad yang pernah dipersia-siakan dulu. Dek kerana mereka telah tiada jasad, maka jasad manusia lainlah yang mereka hambat. Sebab itulah MANU-SIA yang lemah, sentiasa menjadi hambatan "makhluk halus" ini kerana MANU-SIA ini tidak tahu KEKUATAN DIRI yang mereka ada.
Bila kita mati dan tidak tahu jalan pulang, kitalah makhluk halus itu !!
Maka, marilah kita sama-sama MENGENAL DIRI kita sendiri semasa jasad ini masih sihat dan semasa nafas ini masih ada sebelum segalanya terlambat !

No comments:

Post a Comment