Friday 24 November 2017

kh

Adapun perkataan TENAGA (Energy) banyak digunakan dalam tulisan fakir kerana perkataan itu lebih umum dan boleh diterima pakai oleh semua orang tanpa prejudis dan bias. Perkataan ‘Tenaga’ itu boleh merujuk kepada apapun kerana segalanya diliputi oleh Tenaga. Tenaga itu meliputi segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun yang tidak terkait dengan Tenaga. Segalanya berkaitan hal Tenaga.
Jika seorang penganut agama Islam, membacanya, mereka faham Tenaga itu merujuk kepada apa. Jika seorang Kristian, atau Buddha atau Hindu membacanya, mereka tahu Tenaga apakah yang dimaksudkan. Bahkan jika seorang athies, atau theis, atau saintis mahupun artis, mereka akan faham dan mudah mendifinasikan Tenaga itu menurut kefahaman masing-masing.
Bagi theist, Tuhan itu Tenaga yang mentadbir alam ini. Bagi athies, fikiran yang mencari logik itu Tenaga. Bagi saintis, kewujudan sesuatu benda atau idea, dicetuskan oleh Tenaga yang ada di alam ini. Bagi artis, kebolehan beraksi menunjukkan bakat, itu adalah Tenaga. Semua pihak bebas menterjemahkan hal Tenaga itu mengikut perspektif masing-masing tanpa bias, tanpa meremeh dan tanpa menidakkan pihak lain.
Apapun namanya, apapun perspektifnya, ia langsung tidak menjejaskan hakikat tenaga itu dan ia tetap menunjukkan hal TENAGA yang sama.
Perkataan TENAGA itu lebih bersifat inklusif yang boleh diterima oleh semua orang. Bukan bersifat eksklusif yang hanya golongan tertentu saja yang boleh gunakan.
KRISIS KEHIDUPAN
Kehidupan adalah hal SE-X dan SE-X adalah berkaitan hal TENAGA. Sejahtera atau tidak seseorang itu bergantung kepada bagaimana dia menguruskan hal tenaganya. Jika dia KENAL dan arif menguruskan tenaganya, maka jadilah dia Tenaga yang sangat berkuasa. Jika dia tidak KENAL dan tidak tahu untuk menguruskan tenaganya, maka jadilah dia hamba kepada tenaga dirinya sendiri.
Pilihlah mana mahu mu. Engkau bisa saja jadi Tenaga Yang Berkuasa atau engkau bisa saja jadi hamba kepada Tenaga Yang Berkuasa.
Nampak sama tapi tak serupa !
Ingat ... Segalanya Simulteneosly !
Jika engkau jadi hamba, itu tanda engkau mengalami KRISIS TENAGA. Dunia berantakan kerena tenaga. Manusia berperang kerana tenaga minyak, kerana tenaga nuklear, kerana tenaga elektrik, kerana tenaga air, kerana tenaga makanan, kerana tenaga solar, kerana tenaga spiritual. Ramai yang bergaduh pasal tenaga bateri hand phone yang selalu kong. Bahkan, banyak rumah tangga krisis kerana hal tenaga batin yang lemah atau terlebih kuat !
Tetapi, jika engkau KENAL kepada Tenaga yang ada pada Dirimu, maka engkau akan automatik menjadi pengeluar Tenaga itu sendiri. Jika ENGKAU pengeluar segala tenaga, apa lagi nak berkrisis ? Engkaulah pengeluar tenaga, engkaulah pemberi tenaga, engkaulah penerima tenaga dan engkaulah pengguna tenaga itu sendiri. Maka nak digaduhkan apa lagi ?
Tak cukup tenaga salah, terlebih tenaga pun salah ! Bukankah segalanya hal tenaga ?
KENAPA AKU KATAKAN KITA MAKHLUK CAHAYA ?
Manusia memerlukan tenaga untuk hidup. Untuk mendapatkan tenaga, manusia itu perlu makan. Apa yang kita panggil ‘makanan’ ini sebenarnya adalah CAHAYA yang telah diproses.
Biji benih yang ada di bumi ini boleh tumbuh kerana adanya cahaya. Proses pencahayaan yang menghasilkan tenaga kepada biji benih ini namanya PHOTOSINTESIS. Dalam proses photosintesis ini, Carbon, Hidrogen dan Oksigen (CHO) akan diikat oleh cahaya dan ikatan CHO ini disimpan di dalam tumbuh-tumbuhan. Bila manusia atau haiwan makan tumbuh-tumbuhan ini ikatan CHO yang ada, akan terurai di dalam perut dan disimpan sebagai LEMAK.
Semasa proses penguraian CHO kepada lemak, tindak-balas kimia yang berlaku akan membebaskan cahaya yang lebih kompleks. Cahaya kompleks ini dinamakan PHOTON. Cahaya yang bernama photon inilah yang mengeluarkan haba yang memanaskan badan manusia. Haba adalah tenaga yang terhasil semasa proses kimia pembentukan lemak. Haba inilah yang membuatkan badan manusia hidup sentiasa hangat. Bila tenaga haba ini tidak digunakan ia akan dormant di dalam lemak. Bila haba ini digunakan ia akan bertukar nama sebagai KALORI.
Kalori adalah ikatan photon-photon yang disimpan di dalam lemak.
Photon adalah CAHAYA. Makanya, kita makan CAHAYA untuk mendapatkan TENAGA.
NUR - CAHAYA
Arab menyebut cahaya sebagai NUR. Nur atau Cahaya itu adalah penzahiran TENAGA. Nur yang macam-macam nama inilah yang manusia dok sibuk sibuk cerita dalam pelbagai agama.
TENAGA inilah NAMA yang dok sibuk kita perkatakan dalam setiap tulisan-tulisan.
TENAGA
Tenaga inilah yang dikatakan tidak bias, tidak prejudis dan tidak memihak kepada mana-mana manusia. Kenapa ? Kerana ia wujud dalam Diri setiap MANU-SIA. Bila Ia wujud dalam Diri setiap MANU-SIA, maka Ia milik semua Diri MANU-SIA. Bila Ia milik semua MANU-SIA, mana biasnya ? Mana prejudisnya ? Nak digaduhkan apa ? Semua orang ada TENAGA yang sama !
TENAGA yang sama itu dizahirkan sebagai photon dari ZAT makanan yang kita makan. Makanan terhasil dari proses photosintesis. Photosintesis itu asalnya dari CAHAYA matahari. Cahaya matahari itu asalnya dari letusan gas-gas di angkasaraya. Gas pula meletus sebab ada TENAGA! Pusing-pusing kembali kepada TENAGA semula.
Nahhhhhh...
TENAGA lagi !
KENAPA AKU MENGATAKAN KITA INI MAKHLUK CAHAYA ?
Makanan yang kita makan itu tidak lain adalah CAHAYA yang bernama photon.
Makanya, bukankah KITA ini makhluk CAHAYA ?
Makanan yang kita makan itu menjadi ZAT bagi jasad untuk mendapatkan TENAGA. Cahaya makan Cahaya untuk mendapat ZAT bagi MENGENAL Diri Cahaya!
Namun... Cahaya memerlukan TENAGA sebelum boleh buat semua proses itu ! Cahaya memerlukan TENAGA untuk KENAL dan faham akan apa yang kita perkatakan dalam tulisan ini.
Tanpa TENAGA, segalanya tiada. Segalanya KELU !
Makanya, bukankah sudah ku katakan segalanya berkaitan hal TENAGA ?
Dalam perspektif sains, TENAGA dikatakan sebagai satu-satunya hal yang telah semulajadi TERSEDIA ADA. Tenaga tidak dapat dicipta dan tidak pula dapat dimusnahkan, namun TENAGA boleh berubah atau diubah dari satu NAMA atau dari satu KELAKUAN atau dari satu SIFAT atau dari satu SUMBER kepada apa-apa nama, kelakuan, sifat atau sumber yang lain.
TENAGA semulajadi yang telah TERSEDIA ADA ini sangat kreatif dan misteri hingga para sarjana masih tidak dapat merungkaikan hal asal usul TENAGA ini. Dari satu Sumber TENAGA semulajadi, hal tenaga itu datang dan kepada satu Sumber TENAGA semulajadi, hal tenaga itu berakhir.
Saintis mula mengkaji hal TENAGA ini melalui aliran sains bernama FIZIK. Kajian fizik mendapati TENAGA adalah melangkaui logik, tetapi masih dapat difahami. Hal melangkaui logik ini menyebabkan lahirnya cabang baru dalam ilmu fizik bernama QUANTUM FIZIK. Dari quantum fizik, saintis mendapati TENAGA adalah hal yang sangat mistik untuk dirungkaikan melalui sains, dari situ pula timbullah cabang baru dalam ilmu fizik yang bernama METAFIZIK. Cabang sains Metafizik inilah yang mengkaji hal TENAGA yang melangkaui logik lagi misteri ini.
LOGIK vs MISTERI
Jasad MANU-SIA adalah hal TENAGA. Roh yang menggerakkan jasad ini juga adalah hal TENAGA yang sama tetapi berlainan sifat. Makanya, dalam konteks diri MANU-SIA, Roh itu adalah biasan CAHAYA yang terhasil dari TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu. Bila TENAGA itu terbias, maka NAMA TENAGA itupun berubah kepada CAHAYA. Arab menggelarkannya Roh.
Cahaya adalah hal yang menghidupkan segala sesuatu, tanpa cahaya, segalanya mati, namun cahaya juga bersumber dari TENAGA semulajadi itu, tanpa TENAGA, cahaya juga tidak akan bercahaya kerana cahaya memerlukan geseran (kelakuan). Geseran pula akan mengeluarkan FREKUENSI GELOMBANG tertentu dan dari geseran yang ada frekuensi itulah nantinya keluar cahaya (sifat).
RENUNG-RENUNGKAN....
TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu bertindak sebagai PEMERHATI (observer) akan segala hal yang dilakukan oleh CAHAYA. TENAGA hanya MENYAKSIKAN hal yang dilakukan oleh cahaya. Cahaya itu boleh membahagiakan dan cahaya juga boleh memusnahkan kerana sumber cahaya itu adalah dari TENAGA yang bersifat Neutral.
APA YANG HENDAK DISAKSIKAN ?
Hendaklah sentiasa berterusan tanpa putus menjadi PEMERHATI YANG MENYAKSIKAN segala pertukaran hal NAMA, segala pertukaran hal KELAKUAN, segala pertukaran hal SIFAT dan segala pertukaran hal SUMBER/Asal-Usul si TENAGA yang menzahirkan DiriNya sebagai CAHAYA.
Bila sedetikpun engkau si cahaya ini tidak terpisah menyaksikan (syahadah) akan setiap hal yang berlaku melalui DERIA PENGAMATAN engkau, itu tanda engkau SELAMAT. Arab memanggil Selamat itu Islam. Inilah syahadah yang dituntut. Bukan sekadar syahadah lafaz di lidah kerna jika sekadar lafaz di lidah, burung tiong juga pandai lafaz syahadah.
PENYAKSIAN dalam hal-hal MEMERHATIKAN inilah yang sangat-sangat dituntut untuk membolehkan seseorang itu SELAMAT sehingga berulang ulang kali disebut di dalam Quran...
"TIDAKKAH KAMU MEMERHATIKAN ?"
GELOMBANG TENAGA PADA KITA..
Pada manusia ada 7 gelombang tenaga.
1-di tapak tgn knn-gelombang qudrat
2-ditapak tgn kiri-glmbg irodhat
3-diotak-glmbg ilmu
4-dijantong-glmbg hayat
5-di mata-glmbg basar
6-ditelinga-glmbg sama'
7-dimulut-gelombang kalam.
Tujuh gelombang ini adalah sumber kekuatan bagi manusia yang mana gelombang² tenaga itu merupakan multi fungsi bagi sgl hajat.
Ini bukan cakra (budist & hindu) tetapi ini adalah hakikat penyataan tajalliat zatullah kpd ujud ini.
ان الله عالم الغيب والشهاده
Ssghnya Allah mengetahui yg ghaib dan yg nyata. Maqomnya di akal.
الله لا اله الا هو الحى القيوم
Allah tiada tuhan melainkan dia yg maha hidup lg berdiri sendiri. Maqomnya di jantong.
وهو على كل شئ قدير
Dan Dialah diatas sgl kekuasaan. Maqomnya di tgn knn.
يد الله فوق ايديهم
Tangan Allah diatas tgn² kamu. Maqomnya di tgn kiri.
ان الله السيع العليم
Ssghnya Allah maha mendengar lg maha mengetahui. Maqomnya di telinga.
ان الله بصير بما تعملون
Ssghnya Allah maha melihat apa2 yg kamu kerjakan. Maqomnya di mata.
وكلم الله موسى تكليما
Dan Allah berkata kpd musa dgn kalamNya. Maqomnya di lidah.
Inilah kenyataan gelombang dari Dzatullah Maha Diri yg suci.
TENAGA HIDUP
TENAGA adalah punca kuasa kepada segala sesuatu. Untuk hidup, Roh juga memerlukan kuasa dari TENAGA ini. Makanya, Roh BUKAN tenaga tetapi penzahiran TENAGA. Namun, punca segala sesuatu itu adalah dari satu INTISARI TENAGA (ZAT) yang sama. TENAGA itu menzahirkan DiriNya kepada pelbagai Nama yang berbeda mengikut Sifat dan Perbuatan yang berlaku keatasnya.
Contoh : CAHAYA mentol itu ibarat ROH. Mentol ibarat jasad. Elektrik adalah TENAGA.
Mentol bercahaya kerana menerima TENAGA letrik yang disalirkan melalui mentol.
Makanya, Cahaya bukan Elektrik tetapi penzahiran Elektrik. TENAGA Elektrik itu tidak nampak, tapi kuasanya sentiasa ada. Bila Tenaga Elektrik itu mengalirkan kuasanya kepada mentol, barulah cahaya terhasil. Mentol tidak bermakna tanpa cahaya. Cahaya pula tidak akan terzahir tanpa TENAGA.
Makanya, TENAGA itu menjadi sumber kepada mentol dan kepada cahaya. TENAGA itu meliputi mentol dan meliputi cahaya. Namun TENAGA bukan mentol dan bukan cahaya. TENAGA hanya penzahiran (tajali) mentol dan penzahiran cahaya. Tanpa TENAGA, mentol dan cahaya tidak wujud.
TENAGA adalah NAMA khas. TENAGA akan menjadi GANTINAMA atau berubah nama kepada nama-nama lain bila SIFAT dan PERBUATANNYA berubah. Cahaya dan Mentol adalah gantinama yang merujuk kepada TENAGA yang sama.
Sama tapi tak serupa !
Yang demikian kita rumuskan bahawa ada DUA TENAGA HIDUP pada kita ini :-
Pertama TENAGA LAHIR yang berasal dari tenaga hidup YANG DIHIDUPKAN yang menjadi TENAGA JASMANI. Datangnya dari ZAT MAKANAN yang kita makan dan minum.
Kedua TENAGA BATIN yang bersal dari TENAGA HIDUP YANG SEBENARNYA HIDUP yang ADA DIDALAM dan DILUAR batang tubuh kita. Dialah POHON KEHIDUPAN. Dialah yang dikatakan DIRI. Dia juga yang dikatakan HIDUP Dia juga yang dikatakan NYAWA. Dia jugalah yang dikatakan RUH. Dia jugalah yang dirujuk sebagai AL – LATIFAH RABBANIAH atau KETUHANAN ( bukan Tuhan tetapi Ketuhanan ) dan dirujuk oleh Allah sebagai ROHKU. Aku pula menyebutnya sebagai AKU. Tenaga ini TENAGA HEBAT YANG TERSEMBUNYI DIDALAM DIRI kita yang selama ini belum pernah kita ketahui apalagi kita kuasai dan gunakan.
KENYATAAN
AKU yang BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu mempunyai ALAM sendiri yaitu BADAN ? JASMANI / BATANG TUBUHku disebut sebagai ALAM KECIL atau ALAM SAGHIR. KITA yang terdiri dari badan dan DIRI keluar hidup dialam ALAM KABIR yakni Alam semesta ini.
Maka berjalanlah kita sebagai manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan TIDAK MEMPELAJARI jalannya KEHIDUPAN DIDALAM terlebih dahulu. INILAH PUNCA SEGALA MASAALAH
CORAK KEHIDUPAN dengan bersandarkan kepada YANG LUAR tanpa mempedulikan YANG DIDALAM sudah tua umurnya, sudah usang, lapuk dan patut ditinggalkan kerana ianya CARA HIDUP YANG SEBEGINI adalah SALAH. Ia perlu digantikan dengan CARA HIDUP BARU yang lurus lagi benar. Kita PERLU DILAHIRKAN SEMULA menjadi MANUSIA BARU.
CAPAILAH NIKMAT HIDUP itu DENGAN TENAGA BATIN / DALAM bukan dengan TENAGA LAHIR / LUAR.
Untuk memenuhi keperluan hidup kita kena berjuang memerah tenaga dan otak. Perjuangan ini menggunakan banyak tenaga yaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang diperolehi diluar.
Akhirnya tenaga kita habis tetapi hasilnya tidak seberapa !!!!
Maka jelaslah bahawa KELEMAHAN dan KEKURANGAN terletak pada badan kita sendiri. Kemahuan, cita cita dan kehendak kita banyak, nafsu kuat akan tetapi DAYA & TENAGA LEMAH.
RUMUSANNYA ialah yang kurang pada kita ialah TENAGA atau energie. Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang kita hendak. Dan SALAHNYA pada kita sendiri kerana ENGKAR PERINTAH ALLAH melalui Surah Ar- Rum Ayat 8 itu yaitu tidak hendak memikirkan apa yang didalam diri kita tidak mahu menyelidik dan belajar keadaan diri kita sendiri. Tak habis habis memandang keluar sahaja.
Mempelajari keadaan sendiri bererti MEMPELAJARI APA YANG ADA PADA KITA. Allah tidak sia sia menciptakan kita. Keadaan kita yang paling sempurna. Sempurna maknanya CUKUP.
SOALNYA KENAPAKAH HIDUP KITA DIDUNIA INI MASIH LAGI SERBA KEKURANGAN ? Bukan Tuhan yang salah TETAPI KITALAH YANG BODOH kerana MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SALAH.
Ketahui dan YAKINILah bahawa Allah SWT amat Pengasih Dan Penyayang. Allah telah mengurniakan kita bekalan yang secukupnya untuk menikmati hidup didunia ini. MODAL untuk kita MENIKMATI bukan sahaja CUKUP tetapi TIDAK PERNAH HABIS dan PUTUS.
Soal MODAL ! , modal apa tu ?
Soal Mana letaknya modal tu ?
Soal Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?
Jawab MODAl tu terrahsia kerana ianya RAHSIA. Modal itu hebat mempunyai tenaga tersembunyi yang sangat hebat yaitu TENAGA GHAIB dan AJAIB.
Ianya tenaga ghaib yang berisikan NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan yang sesat. Macam-mana boleh sesat kerana ianya datang terus dari DIA YANG MAHA BENAR.
Rupa rupanya selama ini kita berfikir, bekerja bergerak dan sebagainya DENGAN TENAGA LAIN. Tenaga ini terhad dan diluar kemampuan kita, tetapi kita paksakan juga.
Kita terlupa bahawa segala-galanya telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR yaitu YANG MAHA GHAIB. Musuh musuh kita yaitu nafsu, syaitan dan iblis juga ghaib. Kita pula terdiri dari YANG NYATA dan YANG GHAIB. Zahir dan Batin. Tetapi Yang Batin selalu kita terlupa.
Oleh itu untuk hidup bahagia, selain menggunakan tenaga lahir mestinya juga kita gunakan tenaga batin. Daya tenaga batin lebih hebat dari tenaga lahir. Ia sudah berada bersama kita sejak kita dilahirkan akan tetapi tidak pernah kita gunakan lantaran kita TIDAK TAHU.
IBLIS bersumpah untuk MENYESATKAN keturunan ADAM dan permintaan kepada Allah untuk hidup selamanya telah diperkenankan. Hanya SEDIKIT dari keturunan Adam yang dikecualikan Iblis dalam usaha menyesatkannya. Yang sedikit ini Iblis tak sanggup memperdayakan. Kenapa ?
Firman Allah : Mereka bertanya kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitau tentang itu kecuali SEDIKIT.
Tenaga ghaib yang tersembunyi itu dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak terhingga. Apakah yang SEDIKIT itu. Firman Allah :-
Surah Al Hijr Ayat 29
Aku hembuskan kepadanya daripada Ruh-Ku
Itulah yang dimaksudkan YANG SEDIKIT.
DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak memakai oleh badan pun luputlah.
Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan ? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.
Tenaga tersembunyi itu ada pada DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar .
Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?. Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ?
Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri.
Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR.
Oleh itu marilah kita pelajari DIRI KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR.
SELAMA ini JALAN yang banyak kita gunakan ialah JALAN FIKIRAN KITA yang tidak boleh dijadikan pedoman kerana banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya. Ianya BUKAN jalan YANG LURUS.
BILA kita telah TEMUI jalan DIRI kita, hendaklah kita berjalan dengannya kerana dialah HIDUP. Fikiran yang dari otak dihidupkan oleh DIRI. DIRI yang telah menembusi bulu dan kulit mengandung seribu daya Zat serba Zat dan kita akan mengetahuinya bukan dengan mata kepla atau lain lain pancaindera. Kita mengetahuinya dengan RASA . Orang mengatakan Mata Hati . Ada matakah Hati kita itu atau Matahati itu ialah RASA yang kita rasakan ?
JALANNYA YANG DAPAT BETUL KITA RASAKAN IALAH MELALUI HUJUNG JARI KITA JARI JARI YANG SEPULUH ITU. PADANYALAH LETAKNYA RAHSIA HIDUPMU DIDALAM.
Yang dikatakan jalannya diri itu sama juga dengan PANCARAN dari dalam tubuh kita seperti karan pada dawai letrik. Jadi yang hendak dicari ialah PANCARAN dari dalam tubuh kita sendiri. Jika terus diturutkan pancaran ini ianya akan MELAHIRKAN bermacam-macam pergerakan pada anggota kita yang tidak dapat kita kawal dengan otak kita.
Ketahuilah bahawa DIRI itu dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU yaitu RUH TUHAN. Jadi kita katakan RUH yang digelar DIRI itu KETUHANAN
Firman Firman Allah :-
Surah As Shad Ayat 72
Aku hembuskan kepada Adam daripada RUHKU.
Surah Az Zuriat Ayat 21
Dan didalam diri kamu dan kamu tidak melihat
Surah Al Baqarah Ayat 87
Aku perkuat manusia dengan RUH AL-QUDSI
Ketahuilah juga bahawa tidak ada yang sulit disisi Tuhan.
Oleh kerana DIRI itu bersifat Ketuhanan padanya :-
Segala kesulitan dapat diselesaikan,
Kalau kita ketahui padanya ada UBAT kalau kita pandai menjalankanya segala penyakit akan terubat
Kalau kita ketahui padanya ada rezeki, dan kalau kita perkembangkan maka akan mudahlah rezeki kita,
Dari itu jadilah kita orang serba tahu di jalannya DIRI.
Habissss

No comments:

Post a Comment