Sunday 26 November 2017

AKU TETAPLAH AKU

AKU TETAPLAH AKU
(Kamu tetaplah Kamu)
Walaupun aku belajar ilmu 'sesat' ini..
(Sesat bagi yang tidak Memahami)
(Salah bagi yang tidak Mengalami)
Aku tetaplah anak kepada ibu bapaku..
Aku tetaplah abang buat adik beradikku..
Dan aku masih lagi setia sebagai sahabat..
Dan aku masih juga bekerja di rumah sakit..
Bezanya cuma ini;
Amat bermakna sekali:
Jiwaku telah pun MERDEKA..
Hatiku dipenuhi oleh benih CINTA..
Hidupku sehari-hari di dalam SYURGA..
Kerana setiap detik waktu dan masa..
Ku pandang hanyalah wajahMu sentiasa..

No comments:

Post a Comment