Friday 17 November 2017

"NUR MUHAMMAD


"NUR MUHAMMAD"
.
Kursi Allah tidak bertempat.. IA Meliputi..
Kursi Allah tidak berupa.. IA Maha Ghaib.. tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNYA..
.
Nur Muhammad adalah Cahaya Pertama ciptaan Allah..
.
Nur Muhammad itu punyai sifat awal, tetapi tiada sifat akhir..
.
Tetapi ia ada pada awal, pada akhir, pada batin dan ada juga pada zahir..
.
Umat Islam mengenali Cahaya Pertama itu sebagai "Nur Muhammad".. tetapi di dalam Kitab Isa AS, Ibrahim AS dan Musa AS ia dirujuk sebagai "Cahaya Insan"..
.
Nur Muhammad (Cahaya Insan) telah tertulis sejak Kitab Musa AS, dan Ibrahim AS dan Kitab Barnabas RA..
.
(Al-A’la :18~19) ..إِنَّ هَٰذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَىٰ ..صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ
18. Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu,
19. (Iaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa
.
Seorang insan tidak perlu pembabitan makhluk ghaib seperti wali2 ghaib, Rijalul2 ghaib, apalagi Leluhur2.. mereka semua cuma akan memesongkan..
.
Insan itu cuma perlukan Allah semata-mata.. tiada lagi selain Allah..
.
Jika di alam ini, Jin dan malaikat itu sama ghaibnya,, tetapi di alam Hakikat itu, Jin tidak dapat melihat sesetengah malaikat dan sesetengah manusia..
.
Malaikat tercipta dari cahaya, Jin tercipta dari api terpanas.. dan cahaya Rohani insan itu tercipta dari CahayaNYA..
.
Seperti mana Nabi Allah Isa AS diperkuat dengan Roh Quddus, umat Muhammad diperkuat dengan Nur Muhammad..
.
Dengan adanya Nur Muhammad, ia lebih utama dari malaikat sehingga malaikat2 hanyalah pembantu kepada Nur Muhammad..
.
Kerana Nur Muhammad telah tercipta sebelumnya malaikat2 tercipta.. malah Nur tanpa tubuh itu telah tercipta 60,000 tahun sebelumnya langit dan bumi dibangunkan Allah..
.
Nur Muhammad itulah tajalli Allah yang pertama.. iaitu makhluk pertama Allah.. maka Allah Kasihi Nur Muhammad..
.
Nur Muhammad tercipta sebelum Adam AS, tetapi ia ada pada Adam AS hingga Isa AS dan Muhammad Rasulullah SAW..
.
Hanya seorang insan yang tercipta tanpa ibu dan bapa, iaitu Adam AS dan dua Nabi yang tidak berbapa, iaitu Adam AS dan Isa AS..
.
Manusia itu terdiri dari 3 dalam 1..
Diri Rohani, Diri Batin, Diri Jasad..
Jasad itu diri dunia..
Batin itu diri akhirat..
Rohani itu diri yang akan kembali menyatu dengan Allah..

No comments:

Post a Comment