Saturday 18 November 2017

hi


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua followers page.. Alhamdulillah, sudah mencapai 8 ribu likes, dan semakin bertambah dari sehari ke sehari..
Terima kasih kerana terus memberikan sokongan serta terus mengikuti perjalanan page ini.. Syukur ke hadrat Ilahi, ilmu makrifat semakin diterima dan diminati ramai, baik dari kalangan rakyat mahu pun raja..
Doa saya buat kita bersama, semoga kita semua sentiasa diberikan petunjuk dan dibimbing oleh Allah Azzawajalla baik di ketika sedar mahu pun di kala kita sedang tidur nyenyak dibuai mimpi..
Semoga kita semua diberikan kefahaman ilmu makrifatullah di dunia ini, bahkan dikurniakan dengan penyaksian di dalam perjalanan diri peribadi kita untuk mentauhidkan Allah Taala..
Ianya berterusan tanpa putus, di dalam setiap helaan nafas, dan di ketika setiap denyutan nadi.. 24 jam sehari semalam, 365 hari setahun.. inilah pengertian TAUHID yang sejati..
Ya Allah, hanya Engkau yang aku maksudkan.. dan hanya redha Engkau yang aku dambakan.. kurniakanlah daku dengan kecintaan kepadaMu.. serta kurniakanlah daku dengan makrifat kepadaMu.. amiin2
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen

No comments:

Post a Comment