Friday 17 November 2017

HAUQAULAH:


HAUQAULAH:
Laa haulawala quwata ilah billahi aliyyil adziim
Adapun Tenaga ataupun Kuasa Kudratullah lah yang mengaliri dan mendatangkan GERAK serta menghidupkan segala organ-organ badan kita ini berasal usul dari Zat Yang Mutlak. Segala kelengkapan badaniah yang ada didalam badan diri ini seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, darah, otak, limpa, saraf-saraf serta usus-usus dll semuanya itu digerakkan atau dihidupkan dengan pengaliran Tenaga Zat HAYAT.
Ini untuk memberi kehidupan pada badan diri ini. Didalam Ilmu Tharikat kita di didik dengan jalan zikir dan antara zikir-zikir itu ada yang berpandukan kepada pedoman nafas dan nadi atau dibangsakan ia dengan zikir daim (zikir yang tiada berputusan)
Kajian demi kajian yang dibuat oleh Ahli-Ahli Tharikat ataupun Ahli Metafizik untuk menemukan punca dan tenaga asal yang bertitik awal dari mana asal usulnya mula datangnya dan dari mana pula ia.
Maka disini saya menemukan nya dengan nama Tenaga @ Kuasa Zat Hayatullah darinyalah segala sesuatu itu datang.
Ilmu pengetahuan kita ini pula memfokuskan pada tenaga @ kuasa yang awal iaitu punca segala punca dari tenaga-tenaga yang ada. Kalau kita selidiki dalam dalam adakah nafas dan nadi atau lain2nya dapat bergerak sendiri ?..pasti tidak munkin ianya berlaku kerana setiap yang berlaku itu pasti ada keteraturan nya yang tersendiri .
Maka Tuhan yang bernama Allah lah yang mengaturkannya didalam sifat al-mudarbir ( yang mentadbir) pada sekalian kejadian. Tenaga-tenaga itu merupakan elektron, proton,ion, baion, nitron dan atom-atom kesemuanya ini merupakan sumber tenaga ghaib ( meta energy) Didalam badan diri kita yang asal dibalik asal …berasal dari Kekuasaan Qudrat ALLAH.
Kajian demi kajian dan renungan yang mendalam dapat menemukan akan punca itu maka kini saya menemukan RAHSIA PUNCA TENAGA itu iaitu TENAGA ZAT HAYATULLAH ataupun RAHASIA ILAHI ( SIRR )
Rahasia inilah yang menjadi punca segala gerak yang ada samada gerak nadi, nafas, darah dan minda oleh itu saya mendifinasikan segala gerak itu adalah gerak yang baru dan ianya bersifat mahaddis walaupun ia datang dari dalam jua namun ia tetap berwasitah( perantara) akan kehadirannya.
Oleh itu saya mendapat penjelasan dan kejelasan bahawa ada sesuatu tenaga yang tidak ada awal dan akhirnya iaitu tenaga yang menggerakkan segala sesuatu dan tenaga yang mendatangkan sesuatu itu adalah Tenaga Qudratullah dan kini ia menjadi rahasiaku jauhnya tiada antara dan dekatnya tiada berbatas,
Inilah induknya...ketahuilah RUH itu atau NUR MUHAMMAD itu adalah titik yang pertama merupakan kenyataan nya dan padanyalah tenaga-tenaga itu ujud....
STROOM atau tenaga yang mengaliri setiap organ-organ badan diri ini ..dialah menjadi pengeraknya. Akan tetapi apakah yang ada pada Nur Muhammad itu tidak lain dan tidak bukan iaitu Rahasia Tuhan dan ia dinamakan SIRULLAH. Tenaga merupakan PANCARAN NUR yang MENJADI DIRI PADA BADAN sehingga meliputi sekaliannya. Maka itulah yang kita perlu tahu dan ambil tahu akan pecahan-pecahan nya..
ZAT adalah hakikat segala kejadian dan kehidupan
NUR MUHAMMAD adalah pemegang amanah bagi Rahasia Tuhan iaitu Tenaga@Kuasa
ORGAN -ORGAN adalah bekas untuk menyimpan atau menyatakan akan fungsi2 nya.
ASMA’ ALLAH yang bernama AZ-ZHOHIRU=yang zahir
ASMA’ ALLAH yang bernama AL MUZHOOHIRU=yang mengzahirkan.
Gerak yang berlaku didalam adalah gerak nafas dan nadi serta lain nya adalah gerak Pembawakan Tuhan jua akan tetapi ianya bertitik tolak dari Nur Muhammad.
Ianya Asma’ Allah jua iaitu Az-Zhohiru. Ianya bersifat baru kerana apabila Nur Muhammad menerima badan baharulah tenaga itu ujud .
Itupun kerana berbadan dan tenaga-tenaga inilah yang digunakan oleh ahli-ahli kebatinan dan ahli ilmu tenaga dalam. Biasanya mereka hanya mengambil manfaat dari tenaga itu sahaja yang bertitik tolak dalam jantung dan nafas nya.
Akan tetapi ilmu pengetahuan kami adalah menduduki pada yang mendalam lagi iaitu tenaga yang asal iaitu tenaga yang menggerakkan nafas dan nadi serta lainnya atau tenaga yang mencipta tenaga itu dan ia adalah QUDRATULLAH iaitu RAHSIA Nur Muhammad.
Melakukan pengakuan untuk mendapatkan pengakuan dan melakukan penyerahan yang sejati dari ada kepada fana dan sampai bersatu dengan Yang Maha Ghaib sehingga menjadikan kerjaku kerjanya, kerjanya adalah kerjaku, jauhnya tiada antara dekatnya tiada berbatas,,,,
Maka dengan anugerah pembukaan jalanNya ini kami dapat merasai Pembawakan Tuhan pada kami dan pada badan diri kami sehingga mendatangkan daya-daya ghaib...Inilah Kebesaran Asma’ Allah yang bernama AL-MUZHOHIRU iaitu Yang Menzahirkan. Kezahiran yang membawa kenyataan Nya iaitu gerak pembawaan.
Disaat itu minda, nadi dan nafas akan sirna dari kesedarannya dan hanya kedudukan hidup yang sejati sahaja yang menjadi RAJA sehingga Kekuasaan Raja itu melenyapkan kuasa menteri dan hulubalang yang ada.
Kesedaran azali sahaja yang ujud iaitu minda bawah sedar. Minda ini tertakluk didalam Ilmulah. Pertukaran martabat antara Nur Muhammad kepada Nurullah semasa penyerahan berlaku. Maka setiap yang ada ini akan menjadi hak milik kawalan Nurullah. Namun Nur Muhammad tetap sedar didalam kesedarannya akan tetapi diwaktu itu ianya bersatu didalam kesatuan yang satu.
Disinilah segala gerak murni dan gerak suci akan berlaku kerana daya kawalan minda sedar tidak lagi berfungsi kerana kita telah mengfokuskan dan menyerahkan pada tuhan yang maha kuasa maka setiap gerak yang berlaku dimasa latihan itu adalah gerak kudratullah.
gerak kudratullah inilah yang kita perlu tahu dan ia merupakan daya seribu daya inilah kedudukan syuhud bukan syuhud lagi tetapi menduduki tempat syuhud itu.
satu gerak bersamanya.umpama memasang pelita di tengah2 padang diwaktu panas......sekian

No comments:

Post a Comment