Thursday 1 June 2017

hakikat


Admin terpandang akan satu lukisan di bawah ini.. kisahnya berkenaan dengan perumpamaan di antara puasa dan solat.. puasa tanpa solat adalah sia-sia, ibarat bekas air yang bocor.. pada akhirnya akan kosong jua isinya..
Bagi golongan syariat, mereka mengguna pakai lukisan ini, dikeranakan mereka masih terlihat adanya diri.. aku yang berpuasa, dan aku yang bersolat.. aku berpuasa dan bersolat, dengan kudratku, dan dengan iradatku.. kerana Allah.. lillahi Taala.. jika masih terlihat adanya diri, bermakna kehidupan kita masih bergelimang dengan dosa syirik kepada Allah.. mewujudkan yang lain selain Allah, iaitu dirimu sendiri.. hati-hatilah, kerana tiada dosa yang tidak diampun, melainkan dosa syirik..
Bagi golongan makrifat pula, lukisan ini sama sekali tidak menggambarkan keadaan dan suasana diri mereka.. kerana diri mereka telah tiada.. hilang, lenyap, karam, di dalam wajah dan kenyataan Allah.. yang wujud pada mereka, hanya Allah.. yang baik pun aku, yang buruk pun aku.. yang beriman pun aku, yang ingkar pun aku.. tiada lagi risaukan urusan dosa pahala dan syurga neraka.. yang mereka inginkan, hanyalah Allah semata-mata..
Jadi.. fikir-fikirkan, renung-renungkan..
Anda berada di golongan yang mana?

No comments:

Post a Comment