Wednesday 28 June 2017

SIAPA MUHAMMAD RASULULLAH DAN NABI MUHAMMAD?

SIRI ULANG KAJI
SIAPA MUHAMMAD RASULULLAH
DAN NABI MUHAMMAD?
Penjelasan ini bukanlah bertujuan untuk menduakan Nabi Muhammad s.a.w, Tidak Sama Sekali !! TETAPI ia menerangkan / memberitahu siapa sebenarnya MUHAMMAD RASULULLAH ...
Nabi Muhammad itu adalah satu contoh terbaik buat umat sedunia. Ramai yang tahu. Sejarah. Biodata. dan lain lain.
Di sini bukanlah bercerita tentang Nabi Muhammad s.a.w. Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib. Emaknya Aminah. Isterinya Khadijah dan lain lain.
Tetapi menceritakan Muhammad Rasulullah. Muhammad Yatim Piatu. (Tiada Bapa dan Emak), Tiada Isteri. Penghulu sekalian Alam dan Makhluk. Pernahkah Kita semua berfikir? sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menjadikan Muhammad Rasulullah itu sebagai Penghulunya.
Buktinya / Dalilnya adalah :
1). Nabi Muhammad itu sendiri bersyahadah "Muhammad Rasulullah" (bahasawanya Muhammad itu Pesuruh Allah). Muhammad yang mana? Bukankah Muhammad itu nama Nabi Muhammad?
Kenapa Nabi Muhammad tidak bersyahadah saja "ANA Muhammad Rasulullah" (Aku Muhammad Pesuruh Allah)
2) Sedangkan Nabi Adam manusia yang pertama diciptakan oleh Allah. Bilamana Nabi Adam buka mata saja, Dia nampak Muhammad Rasulullah. Adakah itu Nabi Muhammad yang kita tahu selama ini?
Sedangkan Nabi Muhammad tidak lahir lagi pada masa itu! Jadi.. Siapakah Muhammad Rasulullah? Cuba cakap.. Cuba beri jawapan.. Boleh..?
3) Kisah Uwais al-Qarni.
Pada satu hari, sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Nabi berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali.. "Carilah seorang lelaki yang bernama Uwais Qarni, yang akan menjadi Penghulu / Raja di Syurga nanti. Berikanlah Jubah Aku (Nabi) sebagai tanda perlantikan Uwais Qarni."
Lelakinya adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Dia dari Kabilah Yaman.
Lalu betapa terkejutnya Saidina Umar dan Ali mendengar pesanan Nabi itu, sedangkan mereka adalah sahabat 4 Nabi. Kenapa mereka tidak dapat jadi Raja di Syurga? Adakah Uwais Qarni itu lagi hebat orangnya? Betapa kenalnya dia dengan Nabi Muhammad? Sedangkan Aku ini menantunya Nabi s.a.w? (Saidina Ali).
Justeru Saidina Umar dan Ali pun taati / pegangi pesanan Nabi itu dan menunggu kedatangan Kabilah dari Yaman yang mengerjakan Ibadah Haji.
Tunggu punya Tunggu punya Tunggu tidak muncul-muncul Uwais Qarni. Akhirnya sampai 10 kali Haji (maknanya 10 Tahun), barulah mereka berjumpa seorang lelaki dari kabilah Yaman seperti yang Nabi pesan itu.
Pada mulanya Uwais Qarni tidak mengaku dia Uwais Qarni. Banyak kali Saidina Umar dan Ali tanya, akhirnya Uwais Qarni mengaku dialah orang yang mereka cari-cari setelah 10 tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..
Justeru Saidina Umar dan Ali pun menyerahkan Jubah Nabi s.a.w. sebagai tanda pelantikan Uwais Qarni itu adalah Penghulu / Raja di Syurga dengan berkata " Wahai Uwais Qarni yang akan menjadi Penghulu / Raja di Syurga! Inilah Jubah Muhammad Rasulullah yang beliau suruh kami serahkan kepada engkau".
(Saidina Ali) : "Wahai Uwais Qarni! Apakah amalan yang telah menjadikan engkau sebagai Penghulu / Raja di Syurga... Sedangkan kami ini adalah sahabat 4 Muhammad Rasulullah?"
Setelah mendengar kata-kata sahabat Nabi, lalu Uwais Qarni pun menjawab : "Sesungguhnya Kamu semua tidak KENAL / tidak pernah nampak MUHAMMAD RASULULLAH..."
Betapa marahnya sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ. Banyak kali Uwais Qarni berkata sesungguhnya Kamu semua tidak KENAL / tidak pernah nampak MUHAMMAD RASULULLAH... Sedangkan mereka (sahabat Nabi) hidup bersama Nabi, Berperang bersama Nabi, Belajar Bersama Nabi... Sehinggalah bila Saidina Ali teringat dan berkata yang Dia pernah nampak MUHAMMAD RASULULLAH hanya satu kali saja..
Lalu Uwais Qarni pun tak puas Hati. Dia pun menyuruh Saidina Ali Buktikan / Menceritakan bila Saidina Ali nampak MUHAMMAD RASULULLAH? Makanya Saidina Ali pun menceritakan peristiwa itu...
"Pada suatu hari... Nabi Muhammad hendak mencuci Kaabah, Lalu Beliau mengajak Aku (Saidina Ali) dan Bilal Bin Rabah ke Kaabah. Setelah sampai ke Kaabah Nabi Muhammad pun menyuruh Bilal Bin Rabah duduk dan hendak berdiri di atas Bahu Bilal kerana Nabi hendak panjat dan mencuci Kaabah.
Di sebabkan Bilal Bin Rabah badannya tidak sebesar / segagah Aku (Saidina Ali). Makanya Nabi pun memanjat / Berdiri di atas BahuKu. Bilamana sudah Nabi Muhammad berdiri di atas BahuKu. Lalu Aku pun mendongakkan kepala ke atas (ingin melihat Nabi). Maka apa yang Aku lihat ketika mendongakkan kepala ke atas adalah Bukan Nabi Muhammad Tetapi MUHAMMAD RASULULLAH....."
Mendengar peristiwa Saidina Ali itu lalu Uwais Qarni pun membenarkan peristiwa itu "Benar itulah Muhammad Rasulullah.."
Jadi, Siapakah yang Saidina Ali nampak sebenarnya? Siapakah MUHAMMAD RASULULLAH? siapa dan siapa? Cuba jawab.. Cuba cakap.. Boleh..?
4) Nabi Muhammad Bersabda : "Adam Abul Basyar, Muhammad Abul Arwah" ertinya "Adam BAPA sekalian Manusia, Muhammad BAPA sekalian ROH". Muhammad yang mana yang dimaksudkan Nabi Muhammad?
Adakah diri Nabi sendiri yang dimaksudkan..? Jika diri Nabi, bolehkah Nabi mentajallikan ROH? Cuba fikir.. Cuba jawab.. Cuba cakap.. Masih tidak nampak lagi jawapannya?
5) Pada suatu hari sahabat bertanya : "Siapakah Engkau sebenarnya ya Nabi Muhammad?" Lalu Nabi s.a.w. pun menjawab : "AKU Lah AHMAD Bilaa MIM!" [ maksudnya akulah AHMAD Tanpa Huruf MIM = AHAD??? ]
Beruntunglah orang orang yang berfikir.. Mungkin sudah nampak jawapannya dan tersenyum lebar.. Mungkin masih dalam kebingungan.. Mungkin tidak faham langsung.. Sesungguhnya yang memberi faham itu adalah Allah bukannya hamba..
Jadi, pelajarilah Ilmu Makrifat.. Ilmu Awal ini..
Barang siapa yang mengucap / membaca satu kali sebenar-benarnya 2 Kalimah Syahadah dengan sempurna (mengenal makrifatnya) maka Haram baginya Neraka!
Dari DIA kepada DIA
NUR MUHAMMAD datangnya dari Nurullah...
Dengan Nur Muhammad terjadilah segala yang ada di alam semesta ini..
Nur muhammad... Itu juga Roh...
Itulah sifat Allah... Iaitu 7 sifat ma'ani...
Muhammad yang batin inilah yang berkehendak sehingga terjadilah proses kejadian alam jasad...
Dari proses alam jasadlah terjadi alam semesta raya ini...
Semua yang ada di alam semesta raya... Proses kejadiannya dari alam jasad (adam)...
Semua yang ada di alam makrocosmos (alam luas) ada di alam microkosmos (alam kecil / jasad)...
Sebab itu bermulanya agama mengenali Allah iaitu mengenali hakikat diri (Roh) bukan mengenali jasad yang mati...
Dengan mengenali Roh inilah (Nur Muhammad) inilah yang membawa kita kepada Allah...
Kerana roh inilah yang menyimpan / yang mengetahui rahsia Allah...
Semoga beroleh faham.. Amiin²

No comments:

Post a Comment