Wednesday 21 June 2017

AKU YANG HAKIKI

AKU YANG HAKIKI
“AKU” ialah Tajalli Zat dan lain-lain ganti nama tajalliyat nama-nama, sifat-sifat, dan perbuatan-perbuatan. Allah sahaja yang boleh berkata “AKU” kerana yang lain tidak ada pada hakikatnya.
"INNI ANALLAH, LAAILA HAILLA ANA", yang bererti “SESUNGGUHYA AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU”.
Kenallah “AKU” anda, dan anggap diri anda wujud dengan diri anda sendiri, dan jangan mengambil nama ghoirullah.
“MAN’AROFA NAFSAHU, FAKHOD ‘AROFA ROBBAHU – SIAPA YANG KENAL DIRINYA, KENALLAH KEPADA TUHANNYA”.
Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan wujud Allah, anda jadi musyrik (orang yang mensekutukan Allah). Jika ada wujud lain selain wujud Allah, pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang keluar dari batin kepada zahir. Bukannya ghoir (yang lain).
Firman Allah di dalam surah Yusof ayat 106, yang bermaksud “BANYAK ORANG YANG TELAH BERIMAN DENGAN ALLAH, TETAPI MASIH JUGA MUSYRIK”.
#AnaAlHaq

No comments:

Post a Comment