Wednesday 21 June 2017

LAA ILAAHA ILLA ALLAH


### LAA ILAAHA ILLA ALLAH ###
1. LA (لا ) : dinamakan kalimat nafi, maksudnya: tidak ada yang lainnya yang di maksudkan dengan Allah itu melainkan HUWAL AWALU (هوالاول ), yakni AINUL HAQ yang yang awal-awal ada dengan sendirinya.
2. ILAAHA (اله ) : dinamakan kalimat mumfi, maksudnya: yang sungguh-sungguh meniadakan akan yang lainnya melainkan HUWAL AWWAL itulah Allah yang di maksudkan.
3. ILLA (الا ) : dinamakan kalimat isbat, maksudnya: menetapkan akan yang sebenarnya dimaksudkan.
4. ALLAH (الله ) : dinamakan kalimat mustbat, maksudnya: yang sungguh-sungguh menetapkan akan yang sebenarnya dimaksudkan. Bahawa sesungguhnya: HUWAL AWWALU, HUWAL AKHIRU, HUWAZ ZAHIRU, HUWAL BATHINU itulah Allah yang sebenarnya dimaksudkan.
Maka makna LAA ILAAHA ILLALLAH itu menurut ilmu Alqur'an tidaklah ada makna sembah atau yang disembah, melainkan menetapkan keESAan HU (هو ) semata-mata.
Ketahuilah bahawa kata bahasa TUHAN itu asalnya adalah perkataan pada zaman sebelum Islam, yang dimaksud adalah SANG HYANG WIDI yakni maha raja DEWA, kemudian setelah islam masuk di Nusantara ini, maka TUHAN itu telah digunakan kepada kalimat TAUHID sekadar makna pendekatan sahaja, yakni bukan makna yang tetap atau mutlak, seterusnya SOLAT di maknakan sembahyang, asalnya adalah menyembah atau memuja-muja SANG HYANG WIDI itu. Maka segala makna itu adalah semuanya harus atau boleh, asal sahaja telah dikaji akan maksud yang sebenarnya menurut Al Qur'an.
Kemudian ketahuilah bahawa yang menjadi pokok kalimah tauhid itu adalah dua (2) kalimat iaitu: ILAAHA dan ALLAH, ada pun LAA dan ILLA adalah untuk menetapkan dan mengarahkan kepada sasaran yang dimaksudkan.
Ada pun ILAAHA itu di dalam ilmu ma'rifat dinamakan kalimah mabda wun (مبدو ) iaitu kalimah yang telah menghimpunkan akan segala sifat kesempurnaan yang Qahhaariyah (قهاريه ) yang terdahulu dari segala sesuatu. Mabdawun ertinya yang terdahulu dari segala sesuatu, maka kandungan ILAAHA itu ialah JALAAL, jAMAAL, QAHHAR, KAMAAL.
Ada pun ALLAH itu dinamakan kalimah maujud, iaitu kalimah yang bermakna nama jumlah segala puja dan puji untuk memuji kesempurnaan sifat ILAAHA yang telah maujud atau telah nyata pada kejadian alam langit dan bumi dan insan diri Adam dan seterusnya lagi. Maka kesempurnaan sifat ILAAHA itu yang telah maujud lagi sangat mulia di dalam alam ini ialah insan diri MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.
Ketahuilah bahawa malaikat-malaikat tidaklah hanya sujud kepada insan diri Adam, tetapi lebih-lebih lagi sujud kepada insan diri MUHAMMAD RASULULLAH yang sangat mulia itu, bahawa hal keadaan Muhammad Rasulullah itu adalah امام الانبياءوالمرسلين وامام اهل الجنة عبا دالله المو منين .
Ada pun ILAAHA dan ALLAH itu oleh ulama-ulama ahli ma'rifat telah disatukan di dalam makna ISBAT, kemudian LAA dan ILLA itu disatukan di dalam makna NAFI.
Tadi kalimat tauhid itu mengandung makna di dalam ilmu ma'rifat adalah NAFI dan ISBAT, ada pun hal keadaan yang mustahil itu selama-lamanya tidak ada.
Oleh sebab itu tidak ada yang ditiadakan oleh LAA dan tidak ada yang dikecualikan atau yang disisih oleh ILLA, maka ketetapan makna lagi di dalam ilmu ma'rifat hanyalah ISBAT semata-mata.
Oleh kerana itu telah berkata di antara ulama-ulama ahli ma'rifat: "tatkala aku mengatakan LAA maka sendirinya adalah ILLA", maka kesudahan faham tentang makna kalimat tauhid itu adalah terhimpun di dalam zikir sirr yakni zikir hakikat "HU-ALLAH".
Telah berkata imam Al Ghazali: "dan hanya sanya puncak makna yang dimaksud oleh kalimat tauhid itu adalah yang mudah bagi kematian seseorang muslim, tidaklah kosong di dalam qalbinya dengan zikrullah".
Maka yang mudah itu ialah "HU-ALLAH" (هو * الله ) pada masuk dan keluar nafas, bahawa lidah kemungkinan boleh kelu. hanya tinggal lagi masing-masing menanyakan kepada guru yang mursyid, apakah yang sebenarnya di Esakan dengan zikir "HU-ALLAH" itu.
Menurut ahli-ahli tauhid, adalah mengESAkan Zat beserta kesempurnaan sifat Zat, kemudian bagaimana faham ahli-ahli tasawuf atau aulia-aulia Allah, sudah tentu ada perbezaannya. Oleh kerana itu tuntutlah dan carilah sampai dapat dan difahamkan oleh Nya.
Kemudian ingatlah: janganlah LAA itu diertikan meniadakan Allah yang dikatakan oleh orang-orang yang bukan islam, dan ILLA itu jangan pula diertikan mengecualikanNya, bahwa yang dikatakan Allah oleh mereka itu adalah yang batil semata-mata.
Bunyi ayat: انما المشركون نجس ertinya: hanya sanya yang dikatakan Allah oleh orang-orang yang bukan islam itu adalah sebagai najis di dalam pandangan hukum islam (mensyirikkan Nya).
Mengenai maksud MAKNA LAA ILAAHA ILLALLAH DALAM ILMU MA'RIFAT, semoga kita semua diberi kefahaman yang benar dan diberi syafaat dan hidayah oleh-Nya.. Amiin2
Perkongsian dari FB
Syeikh Amdan Maulana

No comments:

Post a Comment