Friday 24 February 2017

Ws

Assalamualaikum..
24/2/2017
┏━━━━❃❀❃🌹❃❀❃━━━━┓
          *ULANGKAJI SOALAN 78*
┗━━━━❃❀❃🌹❃❀❃━━━━┛
Bab 9 Pencerahan
Soalan 78


Hukum syarak 3 bahagi. Bahagian 1 sudah dicerahkan. Hukum syarak Bahagian kedua ialah perkara-perkara yang sekiranya dilanggar TIDAK membinasakan akidah, hanya sekadar BEDOSA BESAR. Persoalan sekarang ialah

1) Apakah contoh hukum syarak Bahagian kedua iaitu perbuatan yang hanya sekadar DOSA BESAR dan TIDAK menyebabkan BINASA AKIDAH?

2) Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Iman ke-6 iaitu percaya kepada  Qada & Qadar?


Berikan contoh



Jom kongsi ilmu


Pada pencerahan Soalan 77 telah dicerahkan perbuatan yang menyebabkan BINASA AKIDAH. Sekarang ini, kita bincang pula contoh perbuatan yang TIDAK menyebabkan BINASA AKIDAH tetapi hanya sekadar BERDOSA BESAR.

Seseorang boleh mendapat DOSA BESAR kerana 2 perkara iaitu

1) meninggalkan SURUH ALLAH bahagian kedua iaitu yang diwajibkan atas setiap mukallaf.

Apa yang Allah suruh?

Allah suruh kata (lidah)
Allah suruh iktikadkan (hati)
Allah suruh lakukan (anggota)

Contoh bagi setiap satu ialah

Allah suruh berkata YANG BAIK BAIK SAHAJA.

Barangsiapa yang "ingkar" kepada perintah Allah itu seperti mengumpat dan memfinah maka hukumnya BERDOSA BESAR

Allah suruh iktikadkan solat 5 waktu itu WAJIB
Allah suruh SOLAT FARDU 5 WAKTU

Barangsiapa yang dengan sengaja meninggalkan solat 5 waktu tetapi masih mengaku WAJIB ATAS DIRINYA maka hukumnya sekadar BERDOSA BESAR.

Akan tetapi sekiranya dia berkata "solat 5 waktu TIDAK WAJIB atas saya, hanya WAJIB keatas orang yang belum mengenal Allah" maka BINASA AKIDAHNYA.

2) melanggar TEGAH ALLAH bahagian kedua iaitu yang wajib dijauhi oleh setiap mukallaf.

Allah tegah kata (lidah)
Allah tegah iktikadkan (hati)
Allah tegah lakukan (anggota)

Contoh setiap satu ialah

Allah tegah BERBOHONG.
Dia berbohong juga.
Allah tegah MENGOTORKAN HATI dia tetap suka dengan perbuatan RIAK
Allah tegah MAKAN DUIT RASUAH, dia makan juga. Semuanya itu contoh yg hukumnya BERDOSA BESAR.

Contoh lain meninggalkan SURUH Allah ialah

tidak melaksanakan 5 rukun Islam seperti meninggalkan solat fardu 5 waktu dan meninggalkan puasa bulan ramadhan dan 1001 contoh perbuatan yang lain.

Itulah contoh SURUH Allah apabila diingkarkan menyebabkan DOSA BESAR

Contoh lain TEGAH Allah yang dilanggar pula ialah

mencuri, membunuh, memakan rasuah, meminum arak dan 1001 contoh perbuatan yang lain

Itulah contoh perbuatan yang MELANGGAR TEGAH ALLAH yang menyebabkan DOSA BESAR


Persoalan seterusnya ialah

Apakah makna rukun Iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada dan Qadar?

Sebelum kita cerahkan maksudnya, elok kita kita ingat semula pencerahan sebelum ini

Pada pencerahan Soalan 72 hingga 75 telah disebutkan 2 perkara iaitu

1⃣ perintah Allah berkait dengan AKIDAH @ SYARIAT BATIN sekiranya dilanggar menyebabkan binasa akidah @ batal syahadat.

2⃣ perintah Allah berkait dengan SYARIAT ZAHIR @ SELAIN AKIDAH sekiranya dilanggar sekadar BERDOSA BESAR yakni tidak menyebabkan BATAL SYAHADAT.

Perkara yang menyebabkan BINASA AKIDAH PADA SYARAK adalah khusus berkait AKIDAH dan berpunca dari 2 kesalahan iaitu

1) Enggan menurut SURUH ALLAH
2) Melanggar TEGAH ALLAH

Allah suruh iktikadkan
Allah suruh kata
Allah suruh buat @ lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia TAK BUAT maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Itu kategori suruh syarak pertama
Kategori tegah syarak yang pertama pulak ialah

Allah tegah kata
Allah tegah iktikadkan
Allah tegah lakukan

Ketiga-tiganya atau salah satu dia LANGGAR maka BATAL AKIDAH PADA SYARAK

Secara ringkasnya SYAHADAT seseorang itu akan TERBATAL @ BINASA AKIDAH @ JATUH KAFIR melalui 3 perbuatan iaitu

Perkataan (lidah), iktikad (hati) dan tingkahlaku (anggota).

Persoalan sekarang, apakah contoh bagi setiap perkara itu?

Contoh SURUH SYARAK bagi setiap satu ialah

1) Allah suruh iktikadkan "ALLAH ESA"
2) Allah suruh kata "ALLAH ESA"
3) Allah suruh tunjukkan perbuatan yang membawa makna "ALLAH ESA"

Apa dalil @ bukti Allah suruh 3 perkara itu?

dalilnya ialah ayat pertama surah al-Ikhlas. Makna Allah ESA dan makna Allah SATU sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 60 dan keatas. Sesiapa yang ingat ingat lupa makna satu dan makna esa, elok semak semula pencerakan sebelum ini.

Dalil yang dimaksudkan ialah
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Ayat ( قُل)ۡ @ Qul itu adalah ayat PERINTAH. Ayat perintah yang SANGAT KUAT melibatkan 3 perbuatan SERENTAK iaitu perbuatan hati, perkataan dan anggota. Ketiga tiga perbuatan itu TIDAK BOLEH TERPISAH walau 1 detik sekalipun.

Supaya lebih JELAS, kita cerahkan semula maksudnya.

Contoh perbuatan lidah (perkataan)

Allah perintahkan kata @ sebut "Allah itu ESA. JANGAN keluarkan sebarang perkataan yang membatalkan makna ESA.

atau jika orang tanya "betul ke Allah itu ESA" ?
maka dijawab "entahlah, saya pun tak tahu betul ke Allah itu ESA'

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh perbuatan HATI

Allah perintahkan "yakinkan dalam hati @ pegang dalam hati @ iktikadkan bahawa Allah itu ESA"

Tapi bila orang tanya, WAJIB ke diiktikadkan dalam hati Allah itu ESA?"

Dia menjawab, "saya pun TAK YAKIN wajib diktikadkan Allah maha ESA, kita sebut Allah maha ESA cukuplah, tak payahlah iktikad iktikad"

Jika itu jawabannya maka BINASA AKIDAH PADA SYARAK
Nauzubillah

Contoh seterusnya perbuatan anggota

Allah perintahkan lakukan perbuatan yang membawa maksud Allah ESA

tapi bila orang tanya, "betul ke ada perbuatan yang membawa maksud Allah ESA?"

dia menjawab
"mengesakan Allah tu perkataan sahaja. mana ada perbuatan mengesakan Allah"

Jika begitu jawapannya maka BINASA AKIDAH. Nauzubillah

Jadi macam mana supaya akidah selamat?

Jawapannya WAJIB FAHAM 5 istilah ini dari sudut hukum adat, akal dan syarak. Istilah yang dimaksudkan ialah

1) Makna ESA
2) Makna SATU
3) Makna BANYAK
4) Makna MENGESAKAN
5) Makna SYIRIK

Makna bagi semua perkataan itu sudah dicerahkan pada soalan ke-60 dan keatas sebelum ini

Eloklah semak.

Persoalannya sekarang
Apa hubungannya semua itu dengan kepercayaan kepada Qada & Qadar?

Lanjutan persoalan itu akan dicerahkan pada Soalan 79 insya Allah

---------------------------

Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(an Nisa : 79)


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam


●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Barisan admin mengajak tn/pn untuk bergabung dlm group @ menyemak dan memperbaiki *semua 116 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
@grouplaisakamitslihisyaiun
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*FB :* Perkongsian Ilmu Usuluddin
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2

No comments:

Post a Comment