Sunday 26 February 2017

Politis

(masuk sikit bab politik, siapa kata orang tasawuf taktau bab politik?)😛
Bismillah : Sentuh bab gambar di atas, sebenarnya dengan kafir pun Baginda SAW bekerjasama, termasuk dlm perang ..  Saat Baginda ingin diperangi oleh pihak kafir harbi yang anti memusuhi islam, jika saat itu Baginda mendapat offer oleh pihak kafir zimmi untuk bersama sama membantu pihak Baginda SAW, Baginda akan "terima" dengan sukacita jika dipihak kafir tersebut tidak berniat jahat ..

.. inilah pemikiran islam yang "matang" dan "bijaksana" tidak dipengaruhi emosi yang tidak matang ..

Lagipun Umno ni bukan Kafir pun kan?😅

yang jadi issue bila masih ada lagi segelintir dlm pas yang anggap Umno ni kafir yang berkhianat .. dendam silam yang tak berpenghujungnya. tapi tak silap, geng geng yg di maksudkan ini dah lari keluar pas 😂

... Pas kalau bersatu dengan Umno, boleh jadi satu party yang sangat kuat .. bukan kuat disebabkan ahli Pas ramai (tak seramai umnopun), tapi kuat disebabkan Pas akan membawa masuk eliment pengaruh islam dalam Umno ..

ia bagaikan 1 kelompok kecil jemaah  Rasulullah yang memasuki suatu kota besar muslim yang jahil (umno), kesannya satu kota tu akan menerima Cahaya agama.

itulah perumpamaan jika Pas mampu bergabung dalam Umno. Umno kuat pengaruh wangnya dlm berkempen .. tapi bila Pas bersatu dengan Umno, in sya Allah pengaruh kuat islam yang Pas ada, mampu membaiki Umno secara keseluruhannya beransur ansur.. tapi Pas kena sabar bila duduk dlm Umno ..

.. 70+ tahun silam, jika Pas tidak berpecah meninggalkan umno, nescaya Umno tak rosak teruk seperti hari ini _(Allah menjadi murka bilamana Nabi Yunus meninggalkan kaumnya, lalu dia dihukum Allah)_ .. tapi bila para Alim Ulama mula meninggalkan golongan Jahil(umno silam), maka satu kota tu ditinggalkan dlm keadaan rosak dan bertambah rosak. itulah umno yang ada hari ini.

Anwar ibrahim(Pas) dulu masuk umno sebab niatnya nak membaiki umno dari dalam .. sebenarnya dah hampir berjaya dia bersama Zahid Hamidi (berjaya menyampaikan : _amar'maruf nahi mungkar)_ , tapi mereka berdua ja tak mampu lagipun Anwar ada masalah _"peribadinya"_ ... dah hampir hampir dapat tawan umno .. tapi Allah tak izinkan sebab dia ada background tak baik, dan dia ditumpaskan dengan hal tak baik tu juga, sedangkan Zahid dikekalkan.

Tapi kali ini jika Jentera Pas dapat bersatu dlm umno (bukan takat kerjasama dlm pru ja) saya yakin, majority ahli umno akan menerima islam yang Pas akan bawa masuk dlm umno.

Sebenarnya golongan Jahat dlm umno ni tak ramai pun, mereka tu la Pak Pak Menteri di atas tu .. yang jahil yang jauh dari ajaran islam dan ajaran nabi saw. Najib tu bagus agamanya, dia ahlul bait, tapi dia di dirosakkan oleh Rosmah yang jahat - kuat main sihir serta beri pengaruh tak baik pada 'suaminya'.

Sedangkan ahli umno bawahan, jenis baik baik yang kuat beragama yang boleh dibimbing Pas jika Pas berdakwah di dalam umno .. tapi selagi Pas duduk sebagai "orang luar" dari community umno, maka tarbiah islam Pas tak mampu masuk menembus dlm umno ..

jalan terbaik adalah kerjasama Pas atau Pas bergabung dlm umno terus dengan niat berdakwah dari dalam .. ia akan bawa kesan baik bukan saja islam tapi akan membawa kepada kesatuan ummah yang memang dituntut dalam islam ..

dalam pan dan pkr, pas memang tiada ruang dakwahnya, sia sia ja kalau bergabung pun .. kalau win dapat tumbangkan BN sekalipun, tiada apa apa pengaruh yang boleh pas bawa dlm pan/pkr dll sebab bila bn berjaya ditumbangkan, party baru yang akan memerintah negara ini nanti akan jadi celaru, tidak stabil dan bertambah hancur bila pengaruh "non-muslim cha" dan "kristian" mula diperkukuhkan kuasanya dlm party baru nanti jika bn berjaya ditumbangkan .. Pas langsung tiada harapan nak perjuangkan islam di dlm party campuran baru jika bn ditumbangkan.

buruk buruk umno, masih ada harapan Pas memperjuangkan Islam atas sebab umno pun memang dah "sedia ada" visi islamnya (kesan yang di bawa oleh anwar silam), ada mahkamah syariah, bank islam, u islam, abim, perkim, sek agama, taska islam dll.

Maka jalan paling selamat Pas, adalah memperjuangkan islam dengan "mempergunakan kekuatan umno" .. dengan kata lainnya, _memperPASkan ahli umno dari dalam Umno sendiri_ tapi dengan syarat Pas berani bergabung dlm umno ..
Langkah awal kerjasama pas umno ini sebenarnya menuju hal yang saya sebutkan di atas ini, ia adalah suatu langkah "permulaan" yang baik .. walaupun sukar untuk kita jangkakan bilakah Pas mampu untuk bergabung dengan umno ini ..

yang saya nampak dan dlm firasat saya, hal pergabungan pas umno ni hanya akan "berlaku" bila kedua dua party dlm keadaan "desperado" terdesak .. 😅 .. masing masing setuju bergabung demi memperkukuhkan kembali kekuatan masing masing .. sama mcm issue la ni .. umno sedang dilanda krisis dan pas pun sama .. maka kerjasama adalah jalan paling "selamat" dan terbaik.

mudahannya akhirnya pas umno akan bersatu dengan satu tujuan ja _Bekerjasama IKLAS kerana agama tapi bukan dengan niat 'lain'_ .. aamiin ..

_Pandangan dari luar kepartian_
_"Tiada kepartaian di dalam agamaku ini"(Nabi SAW)_

No comments:

Post a Comment