Monday 27 February 2017

Kalam

"Laa ilaaha illaallah" adalah kalimah yg mengfanakan segala sesuatu selain Allah
Segala sesuatu rosak binasa melainkan Allah
Hakikat tajrid ialah mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah
Jangan engkau bergantung kepada sebab-musabab
Bergantunglah kepada Yg menjadikan sebab-musabab
Tadbir engkau tetapi jangan engkau tadbir
Jangan pandang tadbirmu, pandang tadbir Allah keatasmu
Takdir Allah telah selesai diazali
Tunggulah takdir Allah didalam diam dan gerak
Akhir kesudahan engkau tidak memerhati maqam dan hal-ehwalmu melainkan Allah
Melihat Allah dengan penglihatan Agung

Munajat Sufi yg lahir daripada penyerahan diri kepada Allah
Taslim iaitu penyerahan diri yg keseluruhan tanpa pilihan
Pengujian Allah tentang cinta yg hakiki
Cinta Dzat Maha Agung
Cinta yg bukan dikeranakan sesuatu
Cinta yg merelakan diperlakukan sekehendak Pencinta
Cinta yg telah lebur didalam Kecintaan hakiki
Cinta yg tidak melihat selain yg dicintai
Ia buta selain Allah
Cinta yg tidak menagihkan apa-apa lagi melainkan Dzat yg dicintai
Cinta yg tidak terputus dengan Sang Kekasih
Cinta yg tiada dirinya melainkan Diri yg Mencintai
Cinta yg menyeru manusia kepada cinta hakiki
Cinta Yg Awal, cinta Yg Akhir, cinta Yg Dzahir dan cinta Yg Batin
Dia Maha Pencinta
Cinta yg memenuhi seluruh alam
Cinta yg menyatakan Dia-lah Maha Pencipta
Bicara Allah....
AKU adalah perbendaharaan yg tersembunyi
Maka AKU ingin dikenali, lalu AKU menciptakan makhluk untuk mengenaliKU

- BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment