Friday 24 February 2017

SEMBAH



SEMBAH NAMA, ATAU
TUAN EMPUNYA NAMA?
Aku mengenal Allah kerana Allah,
dan sekiranya tidak kerana Allah, 
aku tidak akan mengetahui Allah.
-Dzun Nun Al Mishri-
Allah itu hanya nama..
Apa ada pada nama..
Barang siapa menyembah nama..
Kafir hukumnya naudu zubillah..
Kenallah Tuan empunya nama..
Barulah mesra Abdul dan Illah..
Apabila dilimpahi Nur Ilahi..
Bercantum tidak bercerai tiada..
Nur Muhammad dan Nurullah ini..
Pada hakikatnya satu jua..
Ulam raja pucuk paku..
Dibawa oleh ulamak seberang..
Carilah Aku di dalam Aku..
Aku bersembunyi dalam terang..
Kalau aku "bersembunyi dalam terang"..
Hakikatnya,, Aku ini tidak pernah bersembunyi!
Maka dari itu, wahai kamu-kamu..
Nyatakanlah Aku, wahai Aku <3

No comments:

Post a Comment