Tuesday 27 September 2016

PERTEMUAN & PENCARIAN

PERTEMUAN & PENCARIAN
Adapun badan Ruhani itu ialah Allah..
Dan Allah itu jangan dicari lagi..
Kerana Allah Ta'ala sudah menjadi segala Nyawa..
Jangan engkau cari lagi..
Kerana Allah Ta'ala itu LAISA KAMISLlHI..
Penjelasan:
Engkau itu adalah RahsiaKu, maka rahsia itulah yang menuju kepada Aku..
Sehingga engkau itu adalah pendengaranKu dan penglihatanKu dan kesemuanya itu terhimpun di dalam Rahsia Ku mahu pun di dalam atau di luar..
Sehingga engkau Fana Ul Fana dan tiada mempunyai daya upaya, sehingga batin engkau itulah yang dikatakan Ta'ala..
Jikalau engkau hilangkan tubuh menjadi Nur sehingga tubuh engkau menjadi Ruh, maka hilangkan tubuh engkau itu menjadi titik..
Maka titik itulah yang disebut Kaca Putih, iaitulah asal-asalnya kejadian Alif..
Maka Alif itulah bergerak di dalam laut rahsia, itulah yang disebut Hayat maka hiduplah dan bergeraklah tubuhnya..
Itulah yang dinamakan sifatNya yang ada di dalam tubuh engkau itu.. Itulah namanya itulah dirinya..
Maka AKUlah yang Laisa dan jangan dicari lagi.. Itulah yang disebut sudah menjadi Nyawa..
Kalau engkau kosongkan maka yang berbunyi AKU itu Wujudku, kalau engkau keluarkan maka berbunyi Rahsia..
Maka kalau engkau naikkan nafas engkau maka berbunyi, Wujud Idafi..
Nafas itu adalah Rahsia antara turun naik.. Itulah yang berkata "AKU ADALAH ENGKAU dan ENGKAU ADALAH AKU"..
Di situlah engkau di dalam diriNya, naik berbunyi Wujudku dan turun berbunyi ZatKu..
Di situlah engkau mengetahui atau yang berkata disebut Rahsia di dalam Rahsia..
Maka hilanglah Rahsia itu, yang ada hanyalah Wujudku..
Di situlah engkau Mi'raj, pertemuan dalam HadiratKu.. Dan apabila engkau turun maka wajiblah engkau mengerjakan perintahku..
Sehingga engkau cinta kepadaKu dan engkau jauhilah segala yang AKU haramkan..
Engkau lihatlah Syahadat, di situlah engkau menyempurnakan segala- galanya, berpeganglah kepadanya..
Kerana jikalau tidak maka engkau itu adalah sesat, maka selalulah engkau wajib mengerjakan perintahKU..
Syahadat itu adalah tubuh engkau.. Alhamdu itu AKU dengan engkau.. Ingat itu adalah RahasiaKU Kepada engkau..
Jikalau engkau tiada berpegang pada yang diajarkan Nabi kita itu maka engkau sesat lagi kafir..
Oleh sebab itu wajiblah engkau mengerjakan perintahnya dan taat kepadanya..
Dan hendaklah engkau Khauf dan cinta dan jangan engkau lupa setiap saat..
Jikalau engkau lupa maka AKU lebih jauh dan kalau engkau dekat maka AKU lebih hampir..
Dan kalau engkau hampir maka AKUlah dirimu dan diriKu adalah LAISA KAMISLIHI, di situlah engkau zouk..
Amiin

No comments:

Post a Comment