Wednesday 28 September 2016

SYARIAT TAREKAT HAKIKAT MAKRIFAT

DUA PULUH TIGA SIRI:
SYARIAT TAREKAT HAKIKAT MAKRIFAT
SIRI SATU :
1). Dinamakan SYARIAT =
Menyembah Allah Ta'ala dengan perbuatan, mengerjakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Rasulnya (Al-Quran dan Sunnah).
2). Dinamakan TAREKAT =
Menyembah Allah Ta'ala semata dengan ilmu dan amal yang diketahuinya.
3). Dinamakan HAKIKAT =
Memandang Allah Ta'ala dengan cahaya yang dipancarkan oleh Allah Ta'ala di Hati Sanubari yang dinamakan SIRULLAH.
4). Dinamakan MAKRIFAT =
Meliputi seluruh tubuh iaitu HAKIKAT Allah: KUN, HU, ZAT.
SIRI DUA :
1). Ada pun SYARIAT =
Menjadi tauladan dan tubuh bagi kita.
2). Ada pun TAREKAT =
Menjalankan kerja Syariat.
3). Ada pun HAKIKAT =
Menjadi kunci kita menghadap Allah.
4). Ada pun MAKRIFAT =
Melihat sesuatu tanpa hijab dinamakan juga AMAR NIZAM.
SIRI TIGA :
1). SYARIAT = Air di dalam tubuh kita, sebab itu kita bisa berkata-kata.
2). TAREKAT = Angin di dalam diri kita, sebab itu kita bisa bernafas.
3). HAKIKAT = Tanah di dalam tubuh kita, sebab itulah kita boleh tetap.
4). MAKRIFAT = Api di dalam tubuh kita, sebab itulah kita boleh mengetahui lebih.
SIRI EMPAT :
1). Ilmu SYARIAT =
Dinamakan SIRULLAH, ibadahnya adalah NURUL HADI.
2). Ilmu TAREKAT =
Dinamakan AYAN SABITAH, ibadahnya adalah SIRUL ASRAL.
3). Ilmu HAKIKAT =
Dinamakan SIRR HAYAN, ibadahnya adalah SIRRUL IMAN.
4). Ilmu MAKRIFAT =
dinamakan GAIBUL GUYUB, ibadahnya adalah SIRRUL ISLAM.
SIRI LIMA :
1). SYARIAT = ZUHUD
2). TAREKAT = NUR
3). HAKIKAT = ILMU
4). MAKRIFAT = WUJUD
SIRI ENAM :
1). Ilmu SYARIAT = Dari Usuluddin
2). Ilmu TAREKAT = Dari Tasawuf
3). Ilmu HAKIKAT = Dari Tauhid
4). Ilmu MAKRIFAT = Dari Usul Muftahul Guyub
SIRI TUJUH :
1). SYARIAT = Daging, Darah, Tulang, Urat, yang dinamakan Manusia.
2). TAREKAT = Tanah, Air, Api, Angin yang dinamakam Insan.
3). HAKIKAT = Ujud, Ilmu, Nur, Syuhud yang dinamakan Syaiun (Muhammad).
4). MAKRIFAT = Dzat, Sifat, Af'al, Asma yang dinamakan Allah.
SIRI LAPAN :
1). Ibadah orang SYARIAT =
Mengerjakan segala Rukun Islam yang lima.
2). Ibadah orang TAREKAT =
Mengerjakan SYARIAT + Taubat, Syukur, Tawakkal, Tahmid, Tawadhuk, Harap, Redha, Sabar, Ikhlas.
3). Ibadah orang HAKIKAT =
SYARIAT + TAREKAT + Mengesakan AF'AL Allah, mengesakan ASMA Allah, Mengesakan SIFAT Allah dan Mengesakan ZAT Allah.
4). Ibadah orang MAKRIFAT =
SYARIAT + TAREKAT + HAKIKAT + Mujahadah, Muraqabah, Muqaballah, Musyahadah, Tawajuh dan Tafakur.
SIRI SEMBILAN :
1). Ikhlas orang-orang SYARIAT itu dinamakan Ikhlas Mubtadaq.
2). Ikhlas orang-orang TAREKAT itu dinamakan ikhlas Mutawwasit.
3). Ikhlas orang-orang HAKIKAT itu dinamakan ikhlas Muntaha.
4). Ikhlas orang-orang MAKRIFAT juga dinamakan ikhlas Muntaha.
SIRI SEPULUH :
1). Jalan SYARIAT = Jalan orang-orang Awam.
2). Jalan TAREKAT = Jalan orang-orang Khas.
3). Jalan HAKIKAT = Jalan orang-orang Khas ul Khas.
4). Jalan MAKRIFAT =Jalan orang-orang Khawas.
SIRI SEBELAS :
1). SYARIAT = AF'AL Allah
2). TAREKAT = ASMA Allah
3). HAKIKAT = SIFAT Allah
4). MAKRIFAT = ZAT Allah
SIRI DUA BELAS :
1). SYARIAT = Ilmu Yakin
2). TAREKAT = Ainul Yakin
3). HAKIKAT = Haqqul Yakin
4). MAKRIFAT = Akmal Yakin
SIRI TIGA BELAS :
1). SYARIAT = Zahir
2). TAREKAT = Batin
3). HAKIKAT = Akhir
4). MAKRIFAT = Awal
SIRI EMPAT BELAS :
1). SYARIAT = Muhammad Zahir
2). TAREKAT = Muhammad Batin
3). HAKIKAT = Muhammad Akhir
4). MAKRIFAT = Muhammad Awal
SIRI LIMA BELAS :
1). Cara zikir SYARIAT = Dengan Lidah
2). Cara zikir TAREKAT = Dengan Hati
3). Cara zikir HAKIKAT = Dengan Nyawa
4). Cara zikir MAKRIFAT = Dengan Rahsia
SIRI ENAM BELAS :
1). Pekerjaan SYARIAT =
Dikatakan oleh Lidah dan dikerjakan oleh Hati.
2). Pekerjaan TAREKAT =
Hati yang mengerjakan baik atau jahat.
3). Pekerjaan HAKIKAT =
Nyawa yang mengerjakan baik atau jahat.
4). Pekerjaan MAKRIFAT =
Rahsia yang mengerjakan baik atau jahat.
SIRI TUJUH BELAS :
1). Rumah SYARIAT = Lidah
2). Rumah TAREKAT = Hati
3). Rumah HAKIKAT = Budi
4). Rumah MAKRIFAT = Roh
SIRI LAPAN BELAS :
1). Adab orang SYARIAT =
Orang-orang yang berdiri dengan tanda-tanda kenyataan.
2). Adab orang TAREKAT =
Orang-orang yang berzikir tanpa tanda, hanya kurnia Allah.
3). Adab orang HAKIKAT =
Orang-orang yang haknya dan hak Allah.
4). Adab orang MAKRIFAT =
Orang-orang yang mengetahui perkataan dan maqam.
SIRI SEMBILAN BELAS :
1). Sembahyang orang SYARIAT =
Tubuhnya yang menyembah Allah.
2). Sembahyang orang TAREKAT =
Hatinya yang menyembah Allah.
3). Sembahyang orang HAKIKAT =
Nyawanya yang menyembah Allah.
4). Sembahyang orang MAKRIFAT = Wahadatul wujud yang menerima sembahnya, inilah sembahyang para Nabi, Wali Allah, Ahli sufi dan orang Kamil dan Mukamil.
SIRI DUA PULUH :
1). Pintu SYARIAT = Mata
2). Pintu TAREKAT = Dua lubang hidung
3). Pintu HAKIKAT = Dua biji mata
4). Pintu MAKRIFAT = Di antara mata putih dan mata hitam
SIRI DUA PULUH SATU :
1). Martabat SYARIAT = Alam Roh
2). Martabat TAREKAT = Alam Malakut
3). Martabat HAKIKAT = Alam Jabarut
4). Martabat MAKRIFAT = Alam Lahut
SIRI DUA PULUH DUA
1). Tujuan SYARIAT = Agar Hatinya ada Nur.
2). Tujuan TAREKAT = Agar Dirinya dan Nyawanya jadi mulia.
3). Tujuan HAKIKAT = Agar dapat memisahkan antara Hak dan Batil.
4). Tujuan MAKRIFAT = Agar dapat darjat Saddikin.
SIRI DUA PULUH TIGA
1). SYARIAT = Ibarat buih
2). TAREKAT = Ibarat ombak
3). HAKIKAT = Ibarat laut
4). MAKRIFAT = Ibarat air
BACALAH SEBAGAI MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN... BUKAN UNTUK DIAMALKAN... Amiin²
LikeShow More Reactions
Comment
4 comments
Comments
Mirza D. Luffy Baca utk hiburan..
LikeReply13 hrs
Faiz D. Ace Tak faham jugak tak tau la
LikeReply13 hrs
Hakikat Insan Tok Kenali ada berpesan pada anak² murid beliau "kamu datang belajar ini, cukup sekadar dengar. Janganlah kamu mengambil faham akan ilmu ini."

Kerana yang memberi faham itu, bukan Tok Kenali.. Bukan Wali Songo.. Bukan Hamzah Fansuri.. Bukan Al-Hallaj.. Bukan Sheikh Siti Jenar.. Dan bukan juga Rasulullah s.a.w.

Yang memberi faham itu, tidak lain dari Allah s.w.t.. Amiin
LikeReply812 hrs

No comments:

Post a Comment