Saturday 24 September 2016

CINTA LAILA & MAJNUN

CINTA LAILA & MAJNUN
Majnun ! lama tak kau sapa aku dengan munajatmu. apakah aku tak lagi hadir di hatimu,
dengan munajat apa aku harus menyapamu, sementara dirimu mendiamkan setiap kata,
di mana hati ini harus mencari, kerana jejakmu tak tersentuh oleh apa pun, kecuali jejak cintamu,
Majnun ! batin dari cinta adalah makrifat. tak mungkin difahami dari setiap pertemuan,
Majnun ! pergilah ... di sini cinta dan kekasih tak terpisahkan. cinta itu hanya hijab,
Majnun ! apa itu cinta ? apakah kerana keindahan wajah ini sehingga di saat wajah ini keriput cinta pun sirna !
Laila ! mengapa kau mengusirku padahal mengingatmu merenggut seluruh kewujudan diri,
Majnun ! di sini tak ada dualitas, hulul dan ittihad tak punya makna. sirnalah ... kau akan temukan diriku,
di taman bunga cinta, belum mampu seirama dengan bunga-bunga keindahannya,
Majnun ! Mengapa tak kau siram bunga cintamu dengan api kerinduan ! Bukankah setiap kata lelah menanti makna cinta,
Bukankah engkau mengagungkan indrawi ! Lalu mengapa kau mencintai ? Apakah cinta itu nampak bagimu seperti untaian ombak !
Majnun ! Apakah makrifat lebih dahulu dari cinta atau cinta lebih dahulu dari makrifat !
Majnun ! Apakah wajah Zulaikha yang meluluhkan cintamu atau keindahan makrifat Zulaikha yang merenggut kewujudanku,
Majnun ! Berlarilah padaku & bawalah hatimu namun tutup matamu sebab yang kau saksikan bukan aku,
Majnun ! Mengapa tak kau ceritakan cintamu pada yang lain ?
Pada siapa ? Sebab yang ada hanya dirimu!

No comments:

Post a Comment