Wednesday 28 September 2016

MUSAFIR

*BERMUSAFIR DI MALAM HARI TIDAK DIGALAKKAN*

[22/09 10:13 pm] lam alif:
عنْ أَنسٍ رضي اللَّه عنهُ قَال :
قال رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
« عَلَيْكُمْ بِالْدُّلْجَةِ ، فَإِنَّ الأَرْضَ تُطْوَى بِاللَّيلِ »
( رواه أبو داود )

Dari Anas رضي اللَّه عنهُ, katanya :
" Rasulullah ﷺ bersabda :
" Hendaklah engkau semua berpergian(musafir) di waktu malam, sebab sesungguhnya bumi itu dilipat di waktu malam itu. "
(Riwayat Imam Abu Dawud)
[22/09, 00:20] ‪+60 12-605 5499‬: 👆🏻👆🏻👆🏻
Apa maksud..?
[22/09 10:13 pm] _"Ya Allah, lindungikan hati kami di mana menulis dan menjawab sesuatu hal tentang agama-Mu dalam keadaan riyak dan sombong ilmu ilmu daripada-Mu. - aamiin"_

*Jawapan Respon Balas Dari Soalan Di Atas :*

Bismillah : Berkenaan hadis di atas ini, ada hadis lain yang "membatalkan" hadis di atas .. Hadis di atas ini disabdakan "khusus" buat zaman Rasulullah SAW yang baginda tujukan buat para Sahabat yang menaiki Kuda, kaldai, Unta dan berjalan kaki, dimana hadis ini ditujukan buat zaman baginda sahaja yang mana pada zaman tu tiada *kenderaan baik* seperti pada zaman ini seperti kereta, mpv, dll kecuali haiwan sahaja yang ada pada zaman tu.

Perjalanan siang adalah sangat azab pada zaman silam lebih lagi suhu di padang pasir yang sangat panas membahang dan tiada tumbuhan menghijau bagi menyejukkan bumi @ tanah arab.

Maka Rasulullah galakkan bermusafir/berjalan di malam hari di mana cuaca yang dingin dan tidak berapa menyiksakan haiwan haiwan yang ditunggang.

 .. Jadi perjalanan malam adalah lebih baginda sukai dan menyarankan buat umat islam *pada zaman tu* bermusafir pada malam hari atas kerana tidak panas.

Ada hadis lain yang boleh membatalkan 'kegunaan' hadis di atas ini, yang mana hadis kedua ini lebih kuat isinya ditujukan khusus buat umat di akhir zaman yang mana baginda tahu umat di akhir zaman akan ada kenderaan yang lebih bagus selain dari haiwan, yang mana perjalanan/bermuasafir di siang hari tidak lagi sesuatu hal yang membebankan, kenderaan ada pendingin, selesa, laju, cepat, tidak mengantuk, jalan lebih terang disinari matahari, kedai kedai pun buka bagi sebarang servis dll.

Hadis pertama di atas khusus buat umat silam (apa pun masih boleh dipakai - tidak terbatal terus buat golongan 'tertentu' @ orang soleh mempunyai ilmu al Quran di dada - pendinding batin dari sebarang gangguan di malam hari). Dan hadis kedua khusus buat umat di akhir zaman di mana Rasulullah bersabda berbunyi (Sahih Bukhari/matan dah tak ingat tapi maksudnya masih ingat) :

_*Hendaklah kamu tinggal di rumah sahaja di malam hari, dan mengunci pintu tingkap rumahmu (dengan basmallah) dan tidak keluar rumah (berjalan malam) atas kerana jika kamu melihat apa yang aku "lihat" apa yang ada di malam hari (Alam kejahatan Jin di waktu malam dengan pelbagai jin jin yang keluar di waktu malam) maka nescaya tiada seorangpun di antara kamu yang sanggup keluar rumah pada waktu malam." (Bermusafir berjalan waktu malam).*_

Matan hadis lengkap sy dah tak ingat. Maksudnya lebih kurang di atas ni, wallahu'alam.

Jadi sebab tu kita dapati banyak kemalangan misteri di malam hari, atas sebab terdapatnya "gangguan jahat" di malam hari oleh bangsa bangsa jin jin kafir terhadap manusia.

Ada yang jumpa "Waksegen kuning", ada yang jumpa ada kereta tampa pemandu di mana dlm kereta cuma penuh akar akar kayu, ada yang jumpa penunggang motor tampa kepala, jalan yang lurus tetapi dilihat membengkok, ada yang ditumpang perempuan tiada kepala, ada yang mengelak benda benda pelek di tengah jalan hingga terlalu banyaknya terjadinya kemalangan misteri di malam hari .. dan banyak kes "orang hilang" di waktu malam apabila melalui highway yang sunyi, di mana banyak kes kenderaan yang terjatuh dalam gaung saat mereka "mengelak" kenderaan mereka dari "makhluk makhluk" halus yang datang mengganggu mereka saat mereka memandu sendirian. Setelah 5 ke 10 tahun, barulah ditemui kenderaan kenderaan 'terhumban' secara misteri di dalam gaung gaung yang dalam, padahal laluan highway tersebut adalah lurus.

Maka itulah yang Rasulullah sabdakan, tidak menggalakkan umat islam keluar rumah di malam hari, apa lagi bermusafir "sendirian" atas kerana dikhuatiri mendapat "gangguan" makhluk makhluk jin jahat yang keluar di malam hari pada lagi buat umat muslim yang kurang 'ilmu Al Quran di hati, maka makhluk makhluk jahat ini lebih mudah memberi 'gangguan' ..

Hadis ini tidaklah mengharamkan untuk umat islam bermusafir di malam hari, tetapi ia cuma sebagai "nasihat" dan saranan dari Baginda Nabi SAW semata buat kita, mudahannya baginda harapkan agar umatnya dapat mengelakkan diri dari 'fitnah fitnah' dari alam ghaib di malam hari dari terkena pada umatnya. Wallahu'alam. 🔱

No comments:

Post a Comment