Kaabah Allah*
Walaupun seseorang itu sudah pernah melihat Kaabah dengan mata kepalanya sendiri di bumi Mekah, namun belum tentu ia telah menerima hidayat Allah dan terlepas dari belenggu kejahilan sebagaimana Abu Lahab dan Abu Jahal juga sering melihatnya. Kaabah di Mekah itu ialah yang majazi dan bersifat kebendaan serta boleh disentuh di alam Nasut (kasar) ini, sedangkan Kaabah Allah yang haqiqi adalah di dalam relung mata hati mukmin yang terdalam dan hanya boleh disaksikan oleh orang mukmin. Kaabah Allah inilah dikatakan sebagai Alam Malakut (malaikat), Alam Jabarut (Arwah) dan Alam Lahut (Sirr - rahsia Allah) yang tidak boleh tercapai dengan penglihatan mata kepala, tersentuh oleh tangan kasar, tetapi hanya dengan pandangan mata batin dan sentuhan tangan batin. Menurut pandangan ahli sufi mukasyafah bahwa di mata hati terdalam manusia itulah laksana cermin dimana Allah mengungkapkan DiriNya dengan sempurna dan bukan mengungkapkan DiriNya itu di dalam DiriNya. Dengan ertikata lain, syuhud musyahadah (penyaksian) itu hanyalah sempurna setelah Allah mentajallikan DiriNya kepada manusia yang kamil, kerna manusia itu seperti cermin yang memiliki 2 permukaan, satu di sisi yang gelap dan satu lagi di sisi yang cerah. Ke manakah lagi cahaya itu wajar disorotkan jika tidak kepada sudut yang gelap?

Di setiap penjuru Masjidil Haram ada 4 pintu utama. 1 pintu lagi di dalam Masjidil Haram iaitu di Kaabah. Pernah ditanya oleh pengunjung, mengapakah Kaabah mempunyai pintu dan mengapa pula pintunya senantiasa tertutup? Sedangkan pintu-pintu utama Masjidil Haram tidak pernah ditutup sepanjang masa atas sebab di dalam Masjidil Haram adanya kiblat iaitu Kaabah.
Bagi sesetengah orang yang masih awam pemikirannya, menyangkakan bahwa Kaabah itulah tempat kediaman Allah. Allah itu tinggal di dalam Kaabah. Tanggapan mereka ini ditertawakan oleh golongan berilmu. Kata mereka yang berilmu, mana mungkin Allah itu bertempat? Allah tidak tertakluk oleh ruang dan waktu. Kaabah itu hanya simbol arah kiblat sahaja. Namun bagi sesetengah kaum sufi yang mabuk cinta Ilahiyah mengatakan, jika kamu tidak menemukan Allah di dalam Kaabah, bererti Allah ada di luar Kaabah, dan jika kamu tidak menemukan Allah di luar Kaabah, bererti Allah ada di dalam Kaabah. Dan bagi sesetengah ahli haqiqat yang sedar dalam ahwalnya mengatakan pula, Allah tidak di dalam Kaabah dan tidak di luar Kaabah, namun Kaabah itu tidak pula berpisah dengan Allah. Itulah satu-satunya ‘Rumah’ yang mempuyai hubungan dengan Allah, tidak seperti rumah-rumah kebiasaan di dunia ini. Jika tanpa Kaabah, bagaimanakah Allah itu hendak disembah?
Ketika Rasulullah saw memasuki ke dalam Kaabah setelah menawan Mekah, di dalam Kaabah terdapat banyak berhala-berhala yang disembah oleh kaum musyrikin jahiliyah sebelumnya serta lukisan kepercayaan kaum nasrani yang terlekat di dinding melambangkan Nabi Isa sedang didukung oleh ibunya Siti Mariam sebagai anak kelahiran tuhan. Berhala-berhala dan lukisan itu segera dihapuskan dan diusir dari Kaabah. Setelah itu Baginda saw pun mengarahkan kepada sahabat-sahabat yang turut berada di dalam Kaabah itu supaya menutup pintu Kaabah.
Pintu Kaabah ditutup. Di dalam sebuah hadis, Al-Hakim Ya’ala bin Syidad meriwayatkan; “Ketika aku berada di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba beliau bersabda, “apakah ada sesiapa lagi di antara kamu yang hadir di sini?” Kami menjawab; “tidak ada, ya Rasulullah!” Lalu Rasulullah saw pun bersabda, “tutuplah pintunya!”
Di dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah saw telah bersabda, “Qalbu orang mukmin itu lebih utama dari Kaabah.”
# setiap 7 langit pun mempunyai kiblat. baitul makmur di langit pertama, di atasnya baitul qudsi, di atasnya dan terus ke atas baitul arasy, baitul qalam, baitul sidrahtul muntaha, baitul lauh mahfudz dan terakhir baitul nur muhammadi. dan kesemua kiblat tersebut baik di langit dan di bumi terhimpun di dalam kiblat atau ditampungi oleh kiblat yg satu iaitu QALBU MUKMIN.

No comments:
Post a Comment