SEDERHANA DI DALAM BERAGAMA
________________________________________
Jika kita mencintai sebuah agama, walau apa pun agamanya, tidak ada pihak yang akan menyerang kita. Namun, jika kita selalu merasa bangga yang berlebihan pada agama itu, maka kita seharusnya bersiap-siap untuk menghadapi amarah yang akan muncul sebagai kesan sampingan daripada kebanggaan kita.
________________________________________
Ketika kita benar-benar menghargai sesuatu itu, kita akan selalu saja meninggikannya, malah kita pasti mengelak daripada terjebak di dalam sebarang topik perdebatan yang akan merendahkannya.
________________________________________
Daripada terus merasa bangga dan perasan syok sendiri dengan agama kita, apa yang salah dengan hanya sekadar mencintainya? Mengapa kita tidak hanya menyukai sesuatu agama itu kerana keindahannya, kerana kualitinya, kerana nilai murni atau pengajaran hidup yang diajar, atau pun kerana mudahnya untuk diamalkan di setiap tempat dan juga di setiap masa?
________________________________________
Jika kita memandang agama kita seperti itu, maka sesungguhnya kita tidak akan pernah lagi merasa bangga dan juga syok sendiri, bahawa agama kita yang paling benar.
No comments:
Post a Comment