Wednesday 27 May 2020

jenazah

Apabila kita ditanya apakah sudah bersedia untuk menjadi jenazah?. Sudah jawapnya belum bersedia. Kenapa belum bersedia?. Kerana amalan belum cukup.
Ingatlah kamu sudah bersedia atau tidak sampai masa kita akan menjadi jenazah. Untuk menjadi jenazah tidak disyaratkan tua, sakit atau cukup amalan. Bila bila masa saja pasti sampai , apabila sampai waktunya.
Cukup atau tidak amalan kita itu bukan masalah atau persoalannya. Yang menjadi persoalan bila kita mahu kembali beramal kepada illah, sedangkan kita tahu kematian itu datang tanpa sebarang isyarat. Sedangkan setiap hari kita membuang masa dengan perkara sia sia yang tiada manfaat ada pulak waktunya. Mengumpat, mengaib, memfitnah dan bergosip kita ada pulak masanya. Tunggu tua baru nak beramal!. Apakah sempat diusia tua kita nak beramal?. Belum tentu sempat. Ingat lah kita untuk menjadi jenazah tidak tunggu tua, sakit atau beramal, sebaliknya kita ini awal awal wajib bersedia untuk menjadi jenazah

No comments:

Post a Comment