Tuesday 26 May 2020

fb d

Ramai dari kita marah dan benci jika ada segelintir non muslim atau yang mengaku muslim menghina islam. Selalu kita akan berkata mereka salah , mereka membenci islam. Kita lupa itu semua terjadi kerana kita sebenarnya yang salah bukan mereka. Cuba lihat diri kita, keluarga kita, saudara saudara kita bah kan jiran tetangga kita. Apakah kita hidup mengikut syiar islam, beramal dengan syiar islam. Jawapnya tidak, islam hanya pada ic, dan atas waktu waktu tertentu sahaja kita ambil islam, waktu lain kita tolak islam. Yang paling nyata kita sendiri pun takut nak sokong untuk tegakan hukum hudud yang telah Allah fardhukan keatas seluruh umat islam. Jadi apa guna kita melalak lalak menunjuk kemarahan kepada mereka yang bukan islam atau yang mengaku islam itu hina islam, sedangkan diri kita sendiri pun belum betul betul islam setiap masa kita sendiri melawan larangan dan ingkar perintah dalam islam. Apa kamu kira Allah itu tidak tahu perbuatan zahir dan batin kamu. Usahlah berpura pura bela islam sedangkan kehidupan seharian kamu pun menentang islam. Usah jadi munafiq

No comments:

Post a Comment