Tuesday 26 May 2020

Time

Time kita happy kita kongsi dengan isteri atau suami, time kita sedih berduka kita kongsi dengan ibu bapa. Time kita berjaya kita kongsi dengan isteri atau suami, time kita gagal kita kongsi dengan ibu bapa. Time sambut ulangtahun kita sambut bersama isteri dan suami, time kita ada masalah keluarga kita cerita dekat ibu bapa. Time birthday isteri kita sambut, time birthday suami kita sambut, tetapi time birthday ibu bapa kita lupa. Time kita dapat gaji orang pertama kita belanja isteri atau suami, ibu bapa dikampung tak cukup duit tapi dia tak minta dengan anak anak. Time kita sakit ibu bapa jaga kita risau akan kita, time ibu bapa sakit kita bergaduh adik beradik kerana sibuk tak ada masa nak jaga. Tukar pampers basuh berak kencing ibu bapa pun kita tak pernah. Time ibu bapa meninggal , matikan jenazah mereka pun tak, kafan mereka pun tak, solat untuk mereka pun tak, hatta keliang lahad tak di sambut. Anak jenis apa kita macam ni. Selang berapa lama, meroyang sorang sorang update status di fb, aku rindu arwah orang tua ku, al fatihah untuk orang tua ku, semoga tenang di sana. Cehh pooo da drama

No comments:

Post a Comment