Tuesday 26 May 2020

fb

4 Mei jam 11:23 PTG
 · Awam
23 NOVEMBER 2009, GUA NUTTY PUTTY
Seorang lelaki berumur 26 tahun bernama John Jones keluar menerokai gua Nutty Putty, sebuah gua hydrothermal yang terletak di Utah, Amerika. Semakin dalam dia meneroka sistem terowong gua tersebut, malangnya dia terperangkap dan tersangkut dalam posisi terbalik (kepala di bawah kaki di atas). Pihak penyelamat cuba menyelamatkan John tetapi keadaan gua yang sempit menyukarkan proses pengeluaranya.
Dengan itu, pihak penyelamat hanya mampu memberi John makan dan memberi “Injection Drip” melalui kakinya yang mengandungi ubat untuk menenangkannya.
John akhirnya mati lemas kerana berada di dalam posisi terbalik selama 28 jam. Selepas kejadian itu, pihak keluarga dan tuan tanah bersetuju untuk menutup gua tersebut supaya tiada sesiapa pun akan mengalami nasib klaustrophobia yang sama seperti John.
Badan John masih didalam gua tersebut.
28
Suka
Komen
Komen
Tuliskan komen...

No comments:

Post a Comment