Ramai yg tak tau khasiat herba moringa
Menurunkan kolesterol
Kolesterol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa daun moringa sangat berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.
Mencegah diabetes
Serbuk daun moringa dapat mengurangkan tahap lipid dan glukosa serta mengawal selia oksidatif stres pesakit diabetes. Hal ini bermaksud ia boleh merendahkan gula darah dan kolesterol, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.
Melawan keradangan
Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.
Menstabilkan tekanan darah
Daun moringa dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan. Hal ini kerana tekanan tinggi boleh menimbulkan banyak risiko, termasuklah penyakit jantung yang membahayakan kesihatan seseorang
Melindungi hati
Moringa mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi dalam daun dan bunga. Ia berfungsi melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.
Melawan radikal bebas
Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.
daun mungga
herba.ketenangan
keyakinan tinggi
No comments:
Post a Comment