Lagu: Suci Dalam Debu (1990)
Artis: Iklim
Lagu: Wan Zul
Lirik: S Amin Shahab (Gambar)
Lagu yang menjadi kegilaan di Malaysia (juga seantero nusantara) ketika era 90-an ini bukanlah lagu cinta lelaki dan perempuan. Ianya tentang cinta roh dan jasad kepada tuhan yang esa.
Rangkap pertama:
"Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu,
Zahirnya kotoran itu terlihat,
Kesucian terlindung jua."
Engkau di dalam lirik ini adalah roh suci yang diisi ke dalam jasad yang simboliknya diperbuat dari tanah (bekas yang berdebu). Bersama nafsu, banyak dosa dibuat dengan jasad, tapi tidak akan menafikan asalnya tuhan menjadikan manusia ini semulianya.
Lumrahnya, kita sebagai manusia akan dinilai dari luaran, tanpa difikirkan niat dalaman yang jarang-jarang mahu difahami.
Rangkap Kedua:
"Cinta bukan hanya di mata,
Cinta hadir di dalam jiwa,
Biarlah salah di mata mereka,
Biar perbedaan terlihat antara kita."
Cinta dimaksudkan adalah cinta kepada illahi. Cinta tersebut bukan hanya yang boleh dilihat oleh mata (syariat), tetapi perlu juga sesungguhnya dari hati. Keduanya perlu ada.
Menyintai tuhan sepenuhnya, jadilah hamba sepenuh jiwa, walau dipandang hina oleh masyarakat sebab kelihatan jelik (macam org gila). Demi cinta suci itu, biarlah dilihat aneh sekalipun. Sebab yang dikejar adalah akhirat, bukan dunia semata.
Rangkap Ketiga:
"Ku harapkan kau kan terima,
Walau dipandang hina,
Namun hakikat cinta kita,
Kita yang rasa."
Pengharapan roh terhadap jasad supaya bersatu untuk memilih menyintai tuhan sepenuh jiwa raga. Sebab hakikatnya - kemanisan cinta (kepada tuhan) itu hanya kita (roh dan jasad) yang akan rasa, bukan orang lain.
Chorus:
"Suatu hari nanti,
Pastikan bercahaya,
Pintu akan terbuka,
Kita langkah bersama."
Di akhirat nanti, insha illah cinta ini dibalas syurga. Kita melangkah bersama-sama dengan mereka yang dipilih-Nya.
"Di situ kita lihat,
Bersinarlah hakikat,
Debu jadi permata,
Hina jadi mulia."
Di akhirat nanti, baru semuanya akan terbukti. Pembawaan hakikat diri (roh dan jasad) yang sebelum ini ditatap hina di dunia, akhirnya dilihat mulia.
"Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata,
Kerana cinta lautan berapi,
Pasti akan kurenang jua."
Cerita cinta kepada tuhan ini bukan omongan kosong. Tetapi dari hidayah keyakinan (berlandaskan panduan kitab/Alquran) terhadap tuhan. Kerana cinta kepada yang Esa, kerana sifat manusia kepada pencipta, walau sebesar mana dugaan, akan ditempuhi bersama (jasad dan roh).
Akhir kalam. Sekadar ekspresi saya saja. Penulis lirik ini beraliran tasauf, jadi erti sedalamnya lebih besar dari apa yang saya boleh rangkul.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment