Friday, 22 May 2020

gagak

Burung gagak warna hitam, suka bangkai. Kita selalu membeci dan menganggap pengotor. Tetapi disitulah nyatanya bijaksana illah, kerana burung gagak illah cipta sebagai pembersih kekotoran bangkai . Jika tidak ada burung gagak nescaya seluruh hutan dan bandar di penuhi bangkai. Bersyukurlah kita illah jadika gagak penyelesaian bangkai.
Bukan itu sahaja , tetapi ada satu pengajaran yang teramat beguna buat manusia. Burung gagak penjaga orang tua yang terbaik. Jika ibu atau bapa gagak uzur, si gagak akan membuat sarang yang selesa dan menjaganya sampai mati. Lihat seekor burung gagak yang kita hina ada sifat mulia menjaga orang tuanya. Tetapi kita berebut menolak kepada saudara yang lain untuk menjaganya. Tidakah malu kita kepada makhluk illah bernama burung gagak. Dan lagi hebatnya burung gagak bangkainya tidak pernah kita jumpai, tidak seperti spesia burung lain dan haiwan. Dan burung gagak spesis pintar kerana masalah rumit dia boleh selesaikan , jangan terkejut jika burung gagak dapat membuka tingkap rumah kita, atau dia dapat membuka skru yang ada dirumah kita. Kerana illah cipta gagak ini pintar untuk masalah rumit. Kerana itu illah perintah dan mewajibkan kita menjaga alam ini dari rosak dan belajar dengan ciptaanya

No comments:

Post a Comment