Friday, 15 May 2020
fb d
Ramai dari kita masih dibelenggu dengan mitos lailatulqodar, yaitu mitos pohon kayu sujud ke bumi, sampai sudah tidak tahu apa itu lailatulqodar yang sebenar. Lailatulqodar ini simbolik dari kejahilan kepada berilmu, dari bodoh kepada cerdik, dari akal buta menjadi celik akal dan dari sifat mazmumah bertukar kepada mahmudah. Kerana hasil dari puasa atas dasar iman dan taqwa , maka terhasilah perubahan diri dari buruk menjadi baik, yang baik semakin terbaik. Dari tak kenal illah menjadi kenal illah, yang selama ini melanggar hukum illah kembali mentaati hukum illah, maka itulah lailatulqosar yang sebenar. Jika sebelum ramadan bergaul antara ajnabi tak ada batas , batas aurat tak terjaga. Dalam bulan ramadhan dan selepas ramadhan pun sama, maka itulah tanda puasanya tak ihklas dan tak diterima illah. Dan itulah tanda tiada lailatulqodar untuk dirinya. Lailatulqodar bukan berada diluar diri , seperti pokok bersujud kebumi, kerana itu cerita mitos umat jahiliah wa israiliat. Sedangkan lailatulqodar itu ada dalam diri setiap yang beriman dan bertaqwa dengan ikhlas dan keinsafan diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment