Jika kita ada melakukan kebaikan, memberi pertolongan dan memberi bantuan, kepada sahabat taulan dan kawan karib. Sampai suatu masa mereka itu membenci kita, menghina kita, memfitnah kita dan memutus hubungan dengan kita tanpa sebarang sebab dan kesalahan . Maka usah khuatir , usah sedih mahupun berduka cita. Kerana mereka tidak bersalah , yang salahnya diri kita. Kerana dalam waktu kita menolong atau membantu kita ada riak atau pun ujud, kerana kita mahu mereka puji kita, mahu disanjung sanjung, mahu dikenali atau mahu mereka kenang budi kita. Kerana itu kesalahan besar dan kesilapan besar dari diri kita sendiri. Maka jangan salahkan mereka sebaliknya kita patut sedar dan beristiqfar dan pebetulkan kembali niat kita kerana illah. Ingatlah setiap kesalahan dan kesilapan itu datangnya dan puncanya dari hati dan diri kita sendiri bukan dari orang lain. Oleh kerana hati kita keras ada bongkak, sombong, ego dan takabur, maka kita tidak nampak kesalahan itu sebenarnya berpunca dari diri kita , apa yang kita nampak semuanya datang dan berpunca dari orang lain.
No comments:
Post a Comment