Monday, 18 May 2020

fb d

Sewaktu kita masih kanak kanak ibu bapa selalu memarahi dan merotan kita, jika kita melakukan kesalahan. Sewaktu dibangku persekolahan kita sering dirotan dan dimarahi oleh guru , jika kita nakal atau tidak melakukan kerja sekolah. Adakah mereka benci dengan kita?. Jawapnya: tidak , tetapi itulah tanda mereka sayang dengan kita, supaya kita tidak melakukan kesalahan dan menjadi manusia baik dan berguna dewasa kelak.
Begitu jua illah mendatangkan kita pelbagai ujian, kepayahan dan kesusahan, bukan bererti illah membenci kita, tidak perduli dengan kita atau illah mahu menyiksa kita. Tetapi itulah tanda illah sayang kita, tujuanya supaya kita kenal dia dan kembali kita kepadanya bukan kepada dunia. Kerana besar dan hebatnya kasih sayang illah kepada kita , dia putuskan kita dari dunia, dia kecewakan kita dengan dunia, supaya kita berpaling dari dunia, hanya memandang DIA dan kembali kepada DIA.

No comments:

Post a Comment