edisi ZAKAT a.k.a. BAITULMAL
Time kutip,, laju aje buat kerja..
Time memberi; Krik krik krik
________________________________________
Okla tu.. orang melayu malaysia ni memang suka bersedekah.. pantang dengar perkataan saham akhirat, laju je tangan kita menyeluk saku.. untuk berinfaq ke jalan yang diredhai tuhan sekalian alam raya.. Tidak terkecuali, ada juga kaum yang tujuannya ingin mendapat ganjaran pahala dan juga balasan syurga.
________________________________________
Untuk memudahkan urusan kutipan dan juga agihan, maka ditubuhkan lembaga zakat.. Kerja mereka ini menabung duit rakyat.. Menabung itu pulak bukan setakat ribu riban, tetapi mencecah jutaan ringgit malaysia nilainya.
________________________________________
Duit tu umat, dari rakyat kepada rakyat.. Akan tetapi nak dapat sesuap zakat pun, bukan main payah dan susah prosedurnya. Naik turun ofis, isi borang itu ini.. Hadir interview dengan pegawai zakat, last2 dapat berita, permohonan anda itu ditolak kerana salah isi borang.
________________________________________
Sebab tu aku sokong mana2 pihak yang terus berzakat tanpa melalui lembaga tak guna ini. Asalkan sampai kepada tujuan, maka seharusnya kita memudahkan urusan. Bukan ada hadis nabi pun yang kata zakat tanpa melalui pusat urus zakat tak sah dan ditolak.
________________________________________
Kalau dah berniat nak beri zakat tu, beri sajalah dengan seikhlas hati. Tak perlu menggunakan ugutan cara halus ala-ala islamik bertopengkan ayat quran dan juga hadis nabi. Celakalah kalian yang bersedap-sedap di atas kerusi empuk dan pejabat berhawa dingin, tetapi memberi layanan kepada yang berhak seperti sang menteri melayan seekor anjing kurap.
________________________________________
Pernahkah puak-puak pemegang amanah dan harta sumbangan umat yang bajet suci ini memikirkan perasaan orang yang menerima zakat? Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah hendak mohon rm 300 pun susahnya ibarat hendak minta rm 3000, kemudian dihina pula sedemikian rupa dengan perkataan yang menyakitkan hati dan juga mengguris rasa.
________________________________________
Ingatlah, setiap manusia yang bernyawa, bahkan setiap makhluk yang ada di muka bumi ini mempunyai maruah dan juga harga diri. Layanilah setiap satunya dengan baik, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, harta, dan juga paras rupa, dan itulah sebaik-baiknya.
________________________________________
P/s: bila ada orang yang pergi ambil duit dan sumbangan dari paderi dan gereja, maka disumpah seranah dan dikatanya orang itu sebagai murtad dan tidak kuat iman pula.
Maharaja Lawak sungguh kalian 


No comments:
Post a Comment