SIRI TASAWUF: MATI SEBELUM MATI
________________________________________
Menurut pandangan orang syariat, mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya, iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang keluar dari sangkarnya. Badan itu tinggal dan lama kelamaan reput dan busuk, tetapi ruh itu tetap hidup. Oleh itu, ini bukanlah mati.

Pepatah sufi ada mengatakan: “matikan diri kamu sebelum kamu mati”. Di sini bukanlah bererti kita membunuh diri kita dengan menggantung diri, atau menyembelih leher, atau menembak kepala kita. “Matikan diri” atau “bunuhkan diri” di sini adalah menurut pandangan orang-orang sufi. Yang dimaksudkan itu ialah membunuh, mematikan, atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan kesyaitanan yang ada pada diri kita sekalian manusia itu.

Buangkan nafsu ini kerana ia menghijab hati dengan tuhan. “Diri” di sini maksudnya ego atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada “diri”nya ialah adanya sifat-sifat takbur, sombong, hasad dengki, tamak haloba, suka mementingkan diri sendiri, ujub, riya', kasihnya kepada yang lain selain dari tuhan atau melebihi dari kasihnya kepada tuhan, takutnya kepada yang lain selain dari tuhan melebihi dari takutnya kepada tuhan, dan sebagainya.

“Diri” inilah yang mesti “dibunuh” agar sebagai gantinya, maka timbullah tuhan, dan berdirilah tuhan dalam hati dan perasaan seseorang itu. Setelah “diri” itu mati, maka teguhlah berdirinya tuhan dalam hati sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Tiada lain yang dilihatnya kecuali tuhan sahaja. Terdirilah tuhan padanya dan dinafinya akan yang lain. Inilah yang mereka katakan “menafikan yang lain dan mengisbatkan tuhan”

Ilmu Tasawuf adalah ilmu rasa atau ilmu zouq. Siapa yang merasainya, akan mengetahuinya. Untuk merasai itu, perlulah memasuki dan mengembara dalam jalan kerohanian itu dengan bimbingan guru yang betul-betul mengerti. Jalan-jalan ini digelar Tariqah Sufiah atau jalan orang-orang sufi. Akhir perjalanan ialah "bersatu dengan tuhan" sehingga timbullah rasa bahawa yang ada itu adalah tuhan jua. Inilah maksud tauhid yang hakiki.

Orang yang sampai ke taraf ini sahaja yang merasai maksud "bersatu dengan tuhan" itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja, tetapi sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang-orang yang sampai ke hujung perjalanannya akan merasai fana’ dirinya dengan seterusnya baqa’ dengan tuhan yang meliputi segala-galanya. Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah tuhan jua. Sebab itulah ada mereka yang berkata "barang siapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah ia akan Tuhannya".

kemampuan keluarkan jiwa dari raga/jasad
dapat melihat jasad sendiri di hadapan
org lain tak dapat lihat jiwa yg berada di alam ghaib
No comments:
Post a Comment