Friday, 18 January 2019

PERNYATAAN TUHAN PADA SIFAT MAANI

PERNYATAAN TUHAN PADA SIFAT MAANI
________________________________________
Zat dalam peringkat ghaib tidak diketahui oleh sesiapa pun. Apa juga yang ternyata itu adalah daripada Sifat. Kewujudan (existence) hanya diketahui daripada kesan (effect) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu, dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga yang baik dan jahat yang adalah kesan sifat dan ianya bukanlah Zat Mutlak.
________________________________________
Bagaimanakah dunia ini wujud daripada Sifat?
Keupayaan sifat berkehendakkan kepada pernyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk pernyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat mendapatkan bentuk pernyataan menjadi Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya.
________________________________________
Di mana sahaja anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud. Di mana sahaja anda dapati akal, ianya adalah kesan pengetahuan, dan begitulah seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradat mendapatkan bentuk fikiran, kuasa - otak, pendengaran - telinga, penglihatan - mata, perkataan - lidah.

No comments:

Post a Comment