Friday, 11 January 2019

maha melihat

Sembang Kedai Kopi
________________________________________
Di dalam ilmu pengajian Sifat 20, salah satu daripada tujuh Sifat Ma'ani adalah Basar @ MELIHAT.. Melihat itu adalah SifatNya Tuhan... Begitu juga dengan salah satu daripada Sifat Ma'nawiyah iaitu Basirun @ YANG MELIHAT.. Yang melihat itu juga SifatNya Tuhan..
________________________________________
Lanjut, perbuatan 'melihat' itu memerlukan ORGAN @ PANCAINDERA iaitu mata.. Dan 'yang melihat' itu pula adalah KESEDARAN bahawa ANDA lah yang melakukannya, bukan orang lain.. MATA itu adalah yang ZAHIR.. MELIHAT itu adalah yang BATIN.. Bukankah yang dikatakan sebagai TUHAN itu, DIA-lah yang zahir dan DIA-lah yang batin..
________________________________________
Di sinilah titik pertemuan di antara Roh yang abadi dan juga Jasad yang binasa.. di antara tuhan dan juga umat manusia, dan di antara Adam dan juga Hawa.. Di sinilah yang dikatakan sebagai mikrajnya seorang mukmin.. dan di sinilah juga bermulanya kisah seorang INSAN KAMIL MUKAMIL/jiwa raga sukma.

No comments:

Post a Comment