Monday, 14 January 2019

KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK

KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK
Pemandangan ini adalah di Anatolia, Turki, negara Islam sekular acuan Yahudi laknatullah yang pernah dipimpin oleh ulamak tersohor iaitu tuan guru Syeikh Mustafa Kamal Attartuk.
Lebai-lebai Tanah Melayu begitu alergik sekali dengan negara ini. Kata mereka, negara Turki mengamalkan cara hidup Islam versi moden yang sudah lari sama sekali daripada landasan yang diikut oleh negeri serambi Makkah.
Lihat saja bagaimana cara mereka berkasih sayang sesama makhluk tuhan. Anjing jalanan dibenarkan untuk berteduh di dalam shopping mall, bahkan diberikan makanan serta selimut agar selesa menghadapi musim sejuk yang melampau di Turki pada ketika ini.
Meanwhile di Tanah Melayu wal Arab Saudi ini, masyarakat yang mengaku sebagai penganut agama rahmatan lil alamin pula sedang sibuk berlumba-lumba untuk memberi makanan dan minuman beracun kepada makhluk anjing yang tidak pernah berbuat dosa kepada mereka.
Hanya saja alasan dari zaman jahiliah yang sering kedengaran bagi menghalalkan tindakan kejam mereka- anjing itu makhluk yang haram. Najis anjing adalah najis berat. Haram dan berdosa jika menyentuh anjing. Dan mereka terus bla bla bla (di dalam bahasa arab.)

No comments:

Post a Comment