PENGAKHIRAN TOK JANGGUT
________________________________________
Tiba sahaja di Kota Baharu, penuh sesaklah segala orang di bandar Kota Baharu, hendak melihat bagaimana upacara yang akan dibuat nanti oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Oleh Baginda Sultan diperintahnya arak mayat itu ke merata-rata pekan di dalam bandar itu, menunjukkan kepada rakyat semua. Itulah balasannya orang yang derhaka kepada raja dan negerinya.

Maka mayat itu pun diarak oranglah merata-rata pekan dan lorong di dalam Kota Bharu. Setengah-setengah penonton ada yang menangis teresak-esak, kerana kasihan melihat akan mayat Panglima Tok Janggut yang handalan itu. Setengahnya pula berkata, 'Sepatut sudah kerajaan berbuat demikian, kerana melawan kerajaan.'

Pendeknya, macam-macamlah desas-desus bunyi cakapnya orang ramai terhadap Panglima Tok Janggut itu. Setelah rata bandar Kota Baharu itu diarak mayat Tok Janggut dengan kereta lembu itu dan setamatnya di kelilingnya Padang Bank, hadapan Istana Sultan selama tiga kali, maka mayat itu pun diperintah sait di tengah-tengah Padang Bank. Adapun makna sait itu pada loghat Melayunya Kelantan iaitu digantungnya mayat itu kaki ke atas dan kepala ke bawahnya, selama satu jam.

No comments:
Post a Comment