Sunday, 13 January 2019

hi

SAYA ANTI ISLAM? BUKAN...
SAYA ANTI-KEBODOHAN
Ada orang yang bertanya kepada saya, mengapa saya asyik menghentam orang orang yang beragama islam sahaja, kenapa saya tidak menghentam agama lain sekali..?
Jawapan saya, kerana saya sendiri beragama islam sejak dilahirkan sampailah sekarang.. Jadi saya sudah masak dengan perangai @ pe el para penganutnya.. nak hentam, biarlah kita sendiri pernah buat perkara itu dan juga benar-benar tahu akan perkara itu, barulah dikatakan layak untuk beri pendapat.
Soalan ringkas saya kepada anda- anda sibuk menghentam orang beragama hindu dan buddha kerana mereka menyembah patung.. apakah anda pernah menyembah patung juga sebelum ini? Jika tidak pernah dan tidak tahu, maka eloklah anda duduk diam-diam tanpa menghukum dan melabel orang.
Tanpa anda sedar, anda sendiri sanggup berbelanja ribuan ringgit malaysia semata-mata untuk pergi keliling batu berbentuk segi empat buatan arab saudi.. sudahlah keliling tujuh kali, kemudian disembah pula batu buruk itu.. oohh, simbol arah kiblat semata-mata, katanya.
Jika begitu, orang cina dan india pun punya kiblat mereka sendiri.. jenisnya adalah batu juga.. cuma bentuk dan rupanya sahaja yang berbeza.. apakah anda sedar akan perkara ini? Jika anda tidak sedar, maka diri andalah sebenarnya yang bodoh dan jahil di dalam memandang akan kebesaran-Nya.

No comments:

Post a Comment