Tuesday, 15 January 2019

hi

Assalamualaikum w.b.t.
Ramai yang bertanya, mengapa saya begitu jarang sekali membalas komen-komen yang diberikan pada setiap postingan saya.
Jawapan saya mudah, saya sudah malas untuk berbahas dan juga bertikam lidah. Jika pada zaman dulu-dulu iya, begitu pantas sekali saya mempertahankan idea saya, siap dengan hujah dan juga penjelasan yang panjang lebar.
Namun semakin lama, semakin saya sedar, bahawa jika seseorang manusia itu sudah ada pegangan atau kepercayaan tertentu, maka buang masa saja memberikan penjelasan, kerana mereka pasti akan tetap setia dengan keyakinan dan juga anutan lama mereka.
Masa saya bukan untuk dihabiskan pada orang-orang yang jahil tetapi mereka berasa pandai, orang-orang yang buta tetapi mereka berasa celik, dan orang-orang yang sombong tetapi mereka berasa tawaduk. Tempat kalian bukan di sini, ampun seribu kali ampun.
Buat mereka yang berani membuka mata dan minda, alhamdulillah syukur dan tahniah saya ucapkan. Anda berani untuk terus mencari kebenaran, menongkah arus deras di lautan dalam, anda antara satu di dalam seribu.

No comments:

Post a Comment