BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN
________________________________________
Ramai yang kurang senang dengan postingan saya semalam. Malah tidak kurang juga yang memaki hamun saya di inbox page. Kata mereka saya telah menghina dan juga mencemar segala kesucian dan keindahan agama islam yang telah mereka anuti sejak sekian lama, lebih tepat lagi sejak lahir.

Tuan tuan yang dirahmati tuhan sekalian, apakah anda mengira yang saya ini benci kepada agama? Demi tuhan sekalian alam, tidak sama sekali. Bahkan saya melakukan ini kerana saya amat sayang sekali dengan agama islam, dan kerana saya begitu sayang sekali pada saudara-saudara semua.

Sedih dan pilu yang teramat, apabila melihat ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu dan tidak pasti dengan kepercayaan sendiri. Buat itu dan ini bukan dengan kefahaman dan sepenuh hati, kerana sejak lahir lagi telah melakukan perbuatan tersebut, maka diteruskan saja tanpa usul periksa.

Lebih menyayat hati, apabila ditanya kepada golongan yang sepatutnya lebih arif dan mahir di dalam bidang agama, khususnya pak ustaz dan juga pak lebai, jawapan yang diterima pula amat mengecewakan sekali. Begitu hampa rasa sebuah jiwa yang dahagakan kebenaran apabila menerima jawapan- usah ditanya dan difikirkan dengan lebih mendalam. Cukup sekadar buat sahaja segala yang disuruh.

Jika cukup dengan buat sahaja apa yang disuruh, maka lembu di kandang juga buat sahaja apa yang disuruh. Disuruh keluar kandang maka ia pun keluar beramai-ramai, dipaksa masuk kandang maka ia pun masuk semula beramai-ramai. Diheret ke sana sini, ditolak dan ditarik maka mereka pun ikut saja. Tanpa banyak soal, padahal esoknya pasti mereka disembelih beramai-ramai dan mati katak. Pokoknya, jangan banyak soal.

Kambing di kandang juga begitu. Disuruh berjalan maka mereka pun berjalan. Sedangkan tidak seekor pun yang bertanya ke mana destinasi yang dituju. Disuruh makan di ladang rumput, maka mereka pun makan. Tidak ada seekor pun yang bertanya mengapa rumput di sini, bukan di padang sebelah sana. Lebih malang lagi, keesokannya mereka pun mati beramai-ramai, kerana makan rumput yang telah diracun. Pokoknya, jangan banyak soal.

Jadi terpulanglah kepada saudari dan saudari untuk mengambil pelajaran dan juga mengambil faham. Jalan dan lorong sudah pun ditandai dengan terang dan jelas, tinggal sahaja lagi untuk berjalan kepada destinasi yang diingini. Akhir kata, hendak jadi manusia, atau hendak jadi lembu dan kambing, terserah kepada anda. Pilihan di tangan anda.

No comments:
Post a Comment