Thursday, 11 January 2018

SIMBOL

Islam agak tertarik dengan perihal Majusi..
Selain reka bentuk,mereka mempunyai kisah akhir zaman yg sama....
😂😂😂😂😂😂
Benda nie ditulis sebab penganut mana2 agama memang tabsub simbol.
SIMBOL
Bangunan yang memiliki kubah…. ada bulan sabit, juga bintang.
Secara automatik, umat Melayu/Islam akan mengatakan ini milik mereka.
SALAH…… umat Melayu/Islam hanya cuba menHAK MILIKkan reka bentuk ini.
(Gambar gambar berkubah tersebut adalah merupakan kuil-kuil dan Gereja,
manakala bangunan tidak berkubah tersebut adalah masjid kama
ISLAM yang datang dari tanah Arab….
Kediaman dan reka bentuk bangunan mereka sekadar berciri kotak…
malahan panji panji Tentera Islam hanya lah tertulis syahadah.
Tiada unsur Kubah.... Bulan sabit dan Bintang juga tidak ujud
KUBAH
Kubah secara etimologi ditemukan dari kata cupola (yunani) yg membawa maksud rumah tuhan/dewa.
Pantheon, Rome adalah antara kuil yang masih ujud, di bina pada tahun 25-27 masehi.
manakala . Hagia Sophia, di Turki pula merupakan Gereja di Zaman Kristian Byzantine.
Kuil Majusi Niasardi Kashan dan Chahar-taqi di Darreh Shahr adalah antara kuil lama yang masih ujud. Reka bentuk kuil Api ini ujud seawal Era Parthian (247 SM-224 TM) Sassanian (226-651 TM) di Parsi.
Chahar-taqi, atau "Empat Tiang" adalah versi struktur kuil api Majusi yang lebih kecil dengan empat sokongan disusun dalam empat segi dengan bukaan empat pintu gerbang, lelangit nya pula berbentuk kubah
Semasa Penaklukan Parsi oleh tentera Islam pada abad ke-7.
Banyak kuil kuil majusi di jadikan masjid terutama di Bukhara, Istakhr juga di beberapa bandar besar Parsi, tak kurang juga kuil kuil tersebut di musnahkan.
Namun rekabentuk Senibina Kuil berkubah ini amat menarik perhatian.
Akhir nya, Rekabentuk Bangunan empat segi berkubah ini di di jadikan ilham bentuk masjid berkubah terawal awal oleh penguasa penguasa Kerajaan Islam di bumi Parsi.
Akhir nya ianya menjadi ikutan bagi daerah lain dalam jajahan kerajaan Islam.
Ciri ciri kubah yang terdapat di Malaysia dan masjid di seluroh dunia kebanyakkan mengunakan rekabentuk Kuil Majusi (Kuil Majusi Niasardi Kashan dan Chahar-taqi), Ruang utama upacara agama menjadi ruang utama masjid, beza nya ada mimbar (sebagai penunjuk arah kiblat dan dinding dinding.
Hakikat nya, Rekabentuk Senibina adalah Universal...ianya tiada kaitan milik siapa pun...
tiada salahnya kita menghargai senibina yang menarik..
BULAN SABIT dan BINTANG
Sebenarnya Kerajaan Kristian Byzantine lebih awal menggunakan lambang Bulan Sabit dan Bintang (Lambang bulan dan Bintang berwarna hitam yang tertera).
Malahan kerajaan kuno sebelum Islam telah menggunakan lambang ini pada matawang mereka.
Penggunaan Bulan Sabit dan Bintang di perkenalkan oleh kerajaan Khalifah Islam Uthmaniah pada tahun 1700an.
Apa pun pun ianya nya adalah Simbol...... Tp pentasub agama memang mudah tabsub dengan simbol...😂😂😂😂😂😂😂
Malahan penggunaan Salib dalam agama Kristian juga ada lah perkara baru...
ianya telah di gunakan zaman Raja raja di Mesir lagi.
(Aku tidak mahu menggunakan Firaun, kerana bila kita sebut firaun, orang Melayu/Islam akan tumpu pada Raja Mesir waktu Nabi Musa a.s

No comments:

Post a Comment