Sunday 21 January 2018

rahmat Allah

Kita masuk syurga hanya kerana rahmat Allah

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Ya, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu berlaku luruslah dan bertaqarublah dan janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian, jika dia orang baik semoga saja boleh menambah amal kebaikannya, dan jika dia orang yang buruk (akhlaknya) semoga boleh menjadikannya dia bertaubat.” (Sahih Bukhari, no. 5241)

Maka ketahuilah bahawa kita semua jika ditakdirkan masuk ke syurga bukan dengan amalan yang kita lakukan, namun kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita yang taat kepada perintah-Nya. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu terlalu luas untuk dibahaskan kerana kasih sayang Allah di dunia ini sahaja adalah satu dari seratus bahagian yang telah Allah turunkan, manakala bakinya disimpan di akhirat kelak sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat. Dari seratus rahmat tersebut, hanya satu yang diturunkan Allah kepada jin, manusia, haiwan jinak dan buas. Dengan rahmat tersebut mereka saling mengasihi dan menyayangi, dan dengan rahmat itu pula binatang buas dapat menyayangi anaknya. Ada pun sembilan puluh sembilan rahmat Allah yang lain, maka hal itu ditangguhkan Allah. Kerana Allah hanya akan memberikannya kepada para hamba-Nya yang soleh pada hari kiamat kelak.” (Sahih Muslim, no. 4944, no. 4945, no. 4946, Sunan Ibnu Majah, no. 4283, Musnad Ahmad, no. 22605, Sahih Bukhari, no. 5988)

No comments:

Post a Comment