KITA SEMUA ADALAH PENDAKWAH
InsyaAllah, selepas ini kita akan ada dua jenis saluran media untuk tujuan penyampaian dan juga berbagi ilmu, iaitu melalui FACEBOOK dan juga yang terbaru ini, melalui INSTAGRAM.
Dunia semakin hari semakin maju, masyarakat semakin hari semakin moden. maka cara berdakwah juga harus mengikuti peredaran zaman. Bukan lagi terhad pada kitab-kitab lama, ataupun hanya pada ceramah agama.
Dakwah ini bukan hanya terhad di masjid-masjid atau di pondok-pondok agama sahaja. Bahkan dakwah juga tidak terhad bagi golongan alim ulamak dan berkopiah serban sahaja. Jika begitu penilaian kita, maka aman dan makmurlah dunia ini dari sifat durjana.
Sesiapa sahaja layak berdakwah. Waima seorang tukang sapu ataupun seorang kuli sekalipun, bahkan jika dia itu seorang yang kafir, jika dia menyampaikan sesuatu yang bermanfaat, maka dia juga adalah guruku.
No comments:
Post a Comment