Saturday, 13 January 2018

ilmuan itu ulamak


ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
“Sesungguhnya, yang takutkan ALLAH dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah Ulamak. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]
Betul ke anggapan ini?
1. Context
Kerana Qur'an memberi context nya sendiri, kita perlu teliti ayat2 yang sebelum dan selepas ayat yang kita kaji
35:27 Tidakkah engkau lihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengannya buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang itu ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam.
35:28 Dan demikianlah antara manusia dan binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya. Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
So orang yang berilmu = ulama, this is not in contention.
Tapi ayat 35:27 dan bahagian pertama ayat 35:28 (yang dia tak letak) bercerita tentang ilmu apa yang dimaksudkan oleh Allah, sehingga Allah menggelarkan mereka sebagai Ulama.
"Tidakkah kau lihat..." adalah arahan untuk study and observe apa yang akan disebut
hujan dari langit = meteorology
buah-buahan = botany
gunung-ganang... = topography
... yang mempunyai jalur2 = geology
manusia = anthropology
binatang ternak... = agriculture
... yang berlainan = zoology
Tuhan sebut ilmu-ilmu sains dan panggil mereka ulama, bukan ahli ugama

No comments:

Post a Comment