Tuesday, 16 January 2018

hi m

Yang kau lihat di dalam cermin itu bukan AKU,
tetapi itulah RuhKU.
Jangan kau katakan bahwa ketika kau melihat RuhKu,
kau telah melihat AKU dan sekaligus mengenal AKU.
Sebenarnya kau telahpun terpedaya dengan persangkaanmu sendiri.
Kau tidak boleh melihat AKU dan bukan kau yang mengenal AKU.
Yang melihat AKU itu adalah AKU, yang mengenal AKU itu adalah AKU juga.
Tidak ada aku-KU atau aku-MU,
itu hanyalah ceritamu sahaja.
AKU adalah AKU,
tidak ada selain AKU,
AKU Yang Awwal,
AKU juga Yang Akhir.
AKU Yang Zahir,
AKU jua Yang Bathin...
Berhati-hatilah tentang ucapan dua kalimah syahadah mu,
“Asyhadu – Wa asyhadu”.
Pastikan di situ dalam penyaksian kau tidak menduakan AKU.
Pastikan di situ tidak ada wujudmu. Pastikan di situ ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH itu bukan dua wujud yang berlainan dan berasingan.
RASUL itu adalah dari AKU jua yang KU utuskan untuk me-NYATA-kan AKU.
Tanggalkan huruf MIM awal, barulah tampak dalam Haqiqat Muhammad itulah HAMID.
''FIL ‘ALAMINA INNAKA HAMIDUN MAJID''
SESUNGGUHNYA DI DALAM ALAM INILAH YANG MAHA TERPUJI LAGI MAHA MULIA.
Seluruh WujudKU terkandung di dalam MUHAMMAD RASULULLAH.
Di peringkat kau melihat RuhKU,
kau baru saja melepasi samudera 30 ribu hijab.
Antara RuhKU dengan AKU masih terbatas 40 ribu hijab lagi, kesemuanya 70 ribu hijab.
AKU menzahirkan RuhKU itu agar kau dapat menghadap kepada AKU ke mana sahaja kau berpaling. Ingatlah RuhKU itu bukan AKU, itulah hanyalah BAYANGANKU. Usahlah kau mendakwa telah mengenal dirimu lalu mengenal AKU ketika kau melihat RuhKU.
Tidak ada dirimu sendiri.
Kau sekadar bayangan ombak dari sebuah lautan.
Hadirnya kau hanya bersandar pada NAMAKU sahaja.
Bagaimanakah kau hendak mengenal dirimu sedangkan dirimu sendiri sebenarnya tiada, apatah lagi hendak mengenal AKU?
KUciptakan dirimu demi untuk
me-NYATA-kan AKU sahaja,
bukan menyatakan wujud mu.
Jika kau katakan kau telah mengenal dirimu,
itu cuma persangkaan mu yang kau ada-adakan di dalam khayalan ceritamu sendiri.
Tidak ada cerita mu kecuali cerita KU tentang
DIRI KU ANA AL-HAQQ!
Justeru itu ‘Mengenal DIRI’ adalah ‘Mengenal AKU’.
DIA meliputi diri kita.
Maka perlukah kaedah penafian dan fana itu? Sedangkan apa yang hendak dinafikan dan difanakan pun adalah wujud-Nya juga.
Kita memerlukan DIA yang berdiri dengan sendiri, tanpa DIA tak mungkin kita ada.
DIA teramat halus dan lembut, berseni dalam batin kita, hanya persangkaan hidup yang banyak dan beragam telah menampakkan perwatakan kita yang saling berbeda dari DIA.
Kita adalah nafas yang keluar dari sebatang seruling bambu lalu menjadi warna-warni lagu dan irama kehidupan. Siapakah sang peniupnya yang bijaksana itu tidak diketahui? Namun demi nafas yang telah menzahirkan kita, tentunya kita bukan lain dari DIA. Hanya kita yang tidak sedar bahwa DIA adalah kita dan kita adalah DIA kerana selaput sutera wayang yang mentirai pandangan kita di pentas peri lakonan sedangkan DIA di balik tabir itu dalam asyik-Nya memerhatikan kita.....
jadilah bekas bagi DIA
atau DIA sahaja
yang tidak ada sekutu bagiNya
DIA tidak berserta dengan sesiapa
tidak ada bagaimana atau di mana-mana
DIA adalah DIA yang dahulu dan sekarang
tidak ada ketika
tidak ada masa
tidak ada tempat
tidak ada penyaksian
tiada yang melihat DIA kecuali DIA
DIA sahaja yang mengenal DIA
tidak ada Nabi, Wali atau Malaikat yang mengenal DIA
RasulNya adalah DIA sendiri
DIA mengutus DiriNya sendiri
kepada DiriNya sendiri
dengan DiriNya sendiri
tidak ada perwakilan kecuali DIA sendiri
kenabian, kerasulan dan kewalian
pun adalah DIA sendiri
DIA bukan nama atau sesuatu yang dinamakan
tetapi NamaNya yang haqiqi adalah “DIA” juga
tidak ada nama setelah NamaNya – DIA
tidak ada nama seluruh alam ini selain NamaNya – DIA
DIA – Yang Awwal
DIA – Yang Akhir
jika kamu bukan DIA
maka usahlah jadi diri kamu sendiri
kamu bukan diri kamu sebenarnya
maka kamu itu DIA
tidak ada kamu
justru itulah Nabi s.a.w. pernah bersabda;
“Sholatlah kamu kepada DIA Allah
seolah-olah kamu dapat melihatNya
jika kamu tidak melihatNya,
sesungguhnya DIA melihat kamu”
maka di sini apakah perlu “fana' dan “fana al-fana” itu?
padahal Nabi s.a.w. hanya menganjurkan sahaja;
“seolah-olah kamu dapat melihatNya
jika kamu tidak melihatNya,
sesungguhnya DIA melihat kamu.”
DIA tidak memerlukan kamu masuk ke dalam fana
atau fana di dalam fana
apa yang hendak difanakan
sedangkan kamu sendiri tidak berwujud?
jika kamu sangka memfanakan itu perlu
bererti kamu mengakui sebelumnya fana
ada wujudmu yang hendak difanakan
ini bermakna kamu telah menghijabkan DIA
DIA terlindung oleh sesuatu yang selainNya
kamu telah berburuk sangka selama ini
ada wujud lain dari DIA hingga DIA tidak kelihatan
ternyatalah fana atau fana al-fana itu
adalah perangkap besar
yang memerangkap kamu sendiri
di dalam penjara kegelapan syirik
ingatlah apa yang pernah disabdakan Nabi s.a.w.;
“barangsiapa yang mengenal dirinya,
kenallah akan DIA – Rabbul Izzati”
maka mengenal diri kamu itu
adalah sebenarnya mengenal DIA
Baginda s.a.w. tidak pula mengatakan
bahwa barangsiapa yang memfanakan dirinya
akan mengenal Rabbnya
kerana Baginda s.a.w. amat menyedari
tiada yang wujud melainkan DIA
kamu belum lagi mengenal DIA
selagi kamu belum yakin
Sifat DIA adalah sifat kamu
Zat DIA adalah zat kamu
sebenarnya kamu itu adalah DIA
dan DIA adalah kamu, tidak ada kamu
jika kamu mengenal diri kamu sendiri
dengan cara makrifat seperti ini
maka kamu telah mengenal DIA – Rabbul Izzati
dengan sendirinya akan tersingkir
segala bentuk keakuanmu yang bukan haqiqi
kamu tidak perlu bersusah-payah memfanakan diri
kerana fana dan fana al-fana itu merumuskan;
masuk ke dalam DIA atau timbul dari DIA
tidak ada konsep hulul dan penyatuan
kamu tidak wujud dan tidak akan ada wujud
sama ada dalam diri kamu sendiri atau DIA
jika tidak demikian, kamu tidaklah mengenal
siapa diri kamu dan siapa DIA
Ketahuilah....
jika dikatakan masih ada hamba
itu syirik
jika dikatakan masih ada Tuhan
itu pun syirik
jika dikatakan masih ada hamba dan Tuhan
itulah lagi syirik yang paling besar
tidak ada hamba
tidak ada Tuhan
kecuali Satu Wujud
yang namanya ALLAH
renungkanlah makna kalimah tauhid ini;
la ilaha illa Allah
tiada NYATA hanya ALLAH
jika pandangan ini janggal untuk diterima
usahlah bimbang dan ketepikan saja
kerna ini adalah pandangan ahli sufi
yang memandang hanya ada Satu Wujud
dan tidak ada wujud yang lainnya
ahli sufi masuk lebih dalam lagi
lalu mereka bertaubat dari mengucapkan
la ilaha illa Allah
kerna nama Allah itu juga adalah hijab
Allah yang disembah oleh setiap orang itu
ternyata bukanlah Tuhan Sejati atau ZAT-NYA Yang Mutlak
Allah itu hanya sebagai ganti Nama
dan manifestasi-NYA sahaja
Satu Wujud itu sebagai penampakan-NYA
untuk menyatakan Wujud-Nya Yang Haqiqi
tetapi bukan di dalam Kemutlakan-NYA
kecuali Cahaya-NYA
ahli sufi masuk lebih ke dalam lagi
lalu mengisbatkan
tiada yang wujud melainkan DIA
DIA itulah AHAD Yang ESA dan Maha Meliputi
namun dalam KeEsaan itu masih ternampak jua
adanya AKU dan Kau
seolah-olah berdua-duaan di dalam Syahadah
yang bernama Allah dan bernama Muhammad
tetapi Allah dan Muhammad itu hanyalah perbandingan sahaja
sedangkan hakikatnya sama
lalu ahli sufi masuk sedalamnya lagi
yang tiada ada apa-apa lagi
kecuali
La Ilaha Illa Ana
La Ilaha Illa itu pun diTanggalkan
yang Tinggal hanyalah Ana
yang Tunggal adalah ANA Al-Haq (Diri yang sebenar-benar Diri)

No comments:

Post a Comment