Wednesday 23 August 2017

rawatan kiropraktik

SEJARAH KIROPRAKTIK
Sebenarnya rawatan kiropraktik ini bermula seawal tahun 1895 lagi. Selepas itu rawatan ini telah menular serata pelusuk di Amerika Syarikat, Australia dan Negara-negara Eropah dan dianggap sebagai rawatan alternatif.
Di Negara-negara barat ini rata-rata mereka telah mengiktiraf teknik kiropraktik ini. Rawatan ini berbeza dengan rawatan alternatif yang lain kerana ia mempunyai kolej-kolej yang tersendiri untuk mempelajari tentang rawatan kiropraktik ini. Mereka juga mempelajari sukatan pelajaran lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar jurusan kedoktoran yang lain.
Menurut Dr. Andre M,Abader dari Pusat Kiropraktis, Subang Jaya. Rawatan kiropraktik ini dilihat secara menyeluruh (holistically) yang berkaitan dengan otot, skeleton, dan sistem saraf. Sistem saraf mengawal fungsi setiap sel, tisu dan organ. Tempurung kepala bertanggungjawab melindungi otak, korda spina pula diliputi oleh 24tulang vertebra yang bergerak dan sangat sensitif.Bila berlaku ketidakseimbangan tulang-tulang atau turutan tulang yang tidak normal ia boleh mengakibatkan keradangan dan mengganggu sistem vascular darah dan sistem saraf. Gangguan ini boleh mengakibatkan kesakitan dan mengganggu sistem saraf.
Tubuh manusia boleh kita ibaratkan dengan sebuah kereta. Jika kita sedang memandu dan didapati stering bergoyang (shaking). Bila dihantar kepada mekanik, bukan stereng yang rosak tetapi tayar yang sudah lari dari alignment. Tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan stereng bergoyang. Begitu juga dengan kiropraktik kita melihat secara fizikal” ujar Dr. Andre yang berasal dari Afrika Selatan ini.
“ Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar' atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerkan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut,” ujarnya.
UJIAN FIZIKAL DAN DIAGNOSIS
Bila seseorang pesakit datang meminta rundingan dari pakar kiropraktik pertama sekali doktor akan mencatat semua sejarah perubatan pesakit tersebut.
Pakar Kiropraktik akan mengenal pasti kawasan yang sakit atau kecederaan.
Ujian tulang belakang akan dilakukan untuk mengetahui keadaan otot, sendi, ligamen, tendon, sistem saraf dan tisu-tisu lembut yang lain.
Selalunya pesakit dikehendaki untuk melakukan ujian tekanan darah.
Rawatan kiropraktik ini menawarkan rawatan seperti fisioterapi, akupuntur, pemakanan (nutrition), pemulihan (senaman) dan pemampatan unsur panas dan sejuk.
Selain merawat sakit belakang kiropraktik juga boleh merawat bone spurs, sciatica, scoliosis, sakit lutut dan buku lali, whiplash, sindrom carpel tunnel, sakit kepala dan migrain, sakit leher, osteoporosis dan sebagainya.
Kesan sampingan terhadap rawatan ini adalah paling minima.
Pakar kiropraktik juga selalunya akan menasihati pesakit mengamalkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubati.
Tukarlah cara hidup, betulkan postur badan, jaga pemakanan, senaman yang betul dan sikap yang positif.
KELEBIHAN KAEDAH KIROPRAKTIK
Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan
Meningkatkan tenaga
Tidur yang lebih selesa
Membantu baiki postur tubuh
Melambatkan penuaan
Natural
Tidak sakit
Tiada ubat-ubatan
Pakar Kiropraktik dikenali di seluruh dunia sebagai pakar kesihatan tulang dan kecederaan bersukan.
Teknik-teknik ini amat berkesan dalam perawatan yang masalah-masalah lazim seperti berikut:
Sakit leher dan bahu.
Sakit kepala, migrain dan kecederaan ”whiplash”.
Sakit tulang belakang, slip disc, sciatica.
Perawakan yang tidak betul – bongkok dan ”round shoulders”, scoliosis – tulang membengkok.
Kecederaan akibat sukan – kecederaan otot / radang pada tendon seperti Achilles fendinitis.
Sakit sendi – pinggul, kaki, lutut, bahu, siku, pergelangan tangan seperti kaki terseliuh.
“Flat foot, heel spur, trigger finger.”
“Frozen shoulders, tennis & golfer's elbow.”
Kebas, arthritis, rheumatism, bonespur.
Pengurusan tekanan.
Pakar Kiropraktik menggunakan cara memperbetulkan tulang untuk merawat pesakit mereka. Pakar Kiropraktik memerlukan kemahiran yang tinggi, lembut dan mengawal penolakan atau penekanan pada tulang untuk menambahkan fungsi saraf dan pergerakan sendi. Tambahan juga kita menggunakan rawatan soft tissue, rawatan dari jurupulih perubatan anggota, senaman, nutrisi dan nasihat ergonomic dalam penjagaan pesakit.
RAWATAN KIROPRAKTIK MERANGKUMI 3 TAHAP YANG BERBEZA, IAITU :
Tahap penjagaan intensif : Penjagaan semasa keadaan akut
Dalam tahap ini, para kiropraktor akan cuba untuk menstabilkan keadaan pesakit melalui rawatan manipulasi tangan yang dikenali sebagai 'adjustment'. Rawatan ini akan dilakukan kerap kali agar dapat mengurangkan kesakitan pesakit dengan secepat yang mungkin. Apabila keadaan tulang belakang pesakit mula beransur pulih, kadar peradangan yang berlaku pada saraf urat juga akan berkurang justeru membolehkan proses penyembuhan bermula. Pesakit akan mula merasa kurang sakit dan lebih banyak pergerakan yang boleh dilakukan.
Tahap Pemulihan : Menstabilkan keadaan pesakit
Tahap ini bertujuan untuk mengembalikan fungsi tulang belakang yang normal kepada pesakit. Senaman-senaman khas untuk menguatkan otot-otot tulang belakang akan diajar kepada pesakit agar dapat diteruskan di rumah sendiri. selain itu, nasihat-nasihat dari segi nutrisi pemakanan serta penjagaan tulang belakang juga akan diberi kepada pesakit.
Tahap Pengekalan : Langkah pencegahan / penjagaan kesejahteraan pesakit
Tahap pengekalan ini membantu pesakit untuk mengelakkan masalah tulang belakang yang sama kembali lagi. Pesakit disarankan untuk mematuhi langkah langkah pencegahan seperti yang diberi oleh para kiropraktor atau jurupulih pembatan anggota dan dinasihatkan untuk meneruskan senaman yang telah diajar. Ini membolehkan pesakit mencapai fungsi sistem saraf yang lebih optimum dalam mengawal serta mengkoordinasi pergerakan badan. Faedah utama dalam tahap ini adalah mempunyai kesihatan yang lebih terjamin, lanyas mengurangkan kerisauan pesakit terhadap kesihatan diri sendiri serta berasa lebih bertenaga dan cergas.
KIROPRAKTIK DENGAN BERKUDA
Salah satu kaedah perawatan tulang belakang yang baik ialah menunggang kuda. Gerakan kuda berlari merupakan tindakan manipulasi dari tulang cervical sampailah tulang sakrum (ekor). Orang yang menunggang kuda juga hilang stressnya kerana wujudnya pemusatan mata dan otak ketika kuda berlari laju.
Anak-anak kecil yang diajar menunggang kuda menjadi cerdas minda dan fizikalnya dan banyak mengeluarkan hormon berani dan percaya pada diri. Sunnah menunggang kuda merupakan hobi yang sangat sesuai di ajar untuk anak-anak kita bagi membentuk pelapis masa depan.
Kiropraktik merupakan salah satu kaedah perubatan yang telah digunakan oleh perawat perawat Islam pada masa dahulu.
Namun bagitu ilmu ini masih lagi tidak boleh diterima oleh sebahagian besar para doktor di barat mahupun di timur. Namun begitu kaedah kiro memerlukan kepakaran yang tinggi dan bagi mengelakkan tersalah kiro beberapa perkara perlu dilihat seperti:-
1) Berat tekanan yang dilakukan
2) Lokasi yang dipilih
3) Melakukan perenggangan terlebih dahulu
4) Dalam keadaan relax/santai
5) Tubuh pesakit tidak kering.
6) Tidak berlaku tulang reput pada persakit
7) Tidak ada besi dalam tulang
8) Tidak ada kecederaan berdarah yang masih baru
9) Menyediakan tempat yang sesuai
10) Jangan melakukan dengan kasar.
AMI Health & Beauty Spa ( Mobile Spa )
Contact 0138697773
#TerapiBekamAkupuntur
#TerapiUrutanTradisionalKIropraktikSwedish
#RawatanIbuBerpantang
#QuranicHealingTenom

No comments:

Post a Comment