Sunday 27 August 2017

ilmu

Sedarlah kita semua adalah bodoh, tidak ada yang cerdik bijak pandai, walaupun dia ada phd atau apa sahaja tetap bodoh. Kerana ilmu itu milik Allah, dan Allah yang memberi kita faham, jika Allah mahu kita faham atas sesuatu ilmu atau kepandaian, firman Allah dalam surah asy syams:
Lalu diihamkan (Allah) kepadanya (manusia) mana yang buruknya dan mana yang baiknya. (8).
Nah jika kita ini cerdik cuba cipta udara tanpa mengunakan satu pun ciptaan Allah. Nescaya kita tidak mampu, kerana apa? Kerana kita bodoh dan lemah tidak berkemampuan. Maka jangan sesekali mendabik dada mengaku cerdik, terimalah jika ada orang mengatakan hey awak ni bodoh la!! Ucap syukur alhamdulillah kerana melalui lidah seseorang Allah menegur kita dan menyedarkan kita, bahawa kita ini sebenarnya BODOH sedarlah itulah yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment